Selami Aura Misteri Wangian Miss Dior Baharu - Glam Malaysia
Selami Aura Misteri Wangian Miss Dior Baharu

Selami Aura Misteri Wangian Miss Dior Baharu

Kelahiran wangian Miss Dior merentasi generasi muda sehingga ke hari ini. Francis Kurkdijian kembali membangkitkan aroma penuh misteri bersama nota lebih sensual.

Dior

Sebelum nama Miss Dior diberi, Castor iaitu bintang paling bersinar dalam buruj Gemini merupakan kod nama pilihan Christian Dior. Pantulan misteri bintang ini melewati pemandangan indah musim panas di Provence. Ternyata kelahiran wangian Miss Dior ini merupakan ciptaan yang lagenda kerana kehadirannya yang dramatik dan berbeza di rumah Dior. Miss Dior adalah lambang kepada haruman generasi muda yang menemui rahsia kehidupan penuh bermakna. Ianya ibarat aroma yang mengembalikan keremajaan disebalik nota wangian yang mengasyikkan. Koleksi pertama wangian Miss Dior diperkenalkan adalah pada 1967 yang didedikasikan kepada golongan muda cukup berani.

Hari ini, Miss Dior kembali dengan semangat baharu apabila Francis Kurkdjian menjengah pilihan generasi muda yang popular. Wangian ini merupakan ikon yang harus diperlihat sebagai wangian yang penuh sejarah. Untuk generasi muda hari ini, Francis Kurkdjian memastikan aksen wangiannya diperbaharui dengan aroma lebih sensual.

See also
Angelina Jolie Pilihan Guerlain Sebagai ‘Godmother’ Women for Bees

Tiada yang akan mengubah ilham Christian Dior buat ciptaan wangiannya, Francis Kurkdjian mencipta versi baharu Miss Dior masih mengekalkan identiti aslinya namun ditokok-tambah dengan elemen yang menyeronokkan dengan segera disebalik nota bunga dan esensi yang istimewa. Miss Dior, is a return to a time of eternal youth!

Francis

Dalam usaha mencipta wangian baharu ini, pembuka aroma bunga melati (Jasmine) sebagai titik permulaan Miss Dior. Menurutnya, “ Mewujudkan Miss Dior baharu adalah seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda yang kini ianya selaras dengan pilihan individualis. Saya telah menemui anekdot baharu, aksen baharu yang disemat rapi untuk wangian sensual ini.”

Permulaan nota harmoni bunga melati (Jasmine) melengkapi aroma Miss Dior dengan lebih berseri. Sejak kali pertama digunakan pada pertengahan abad ke-16 di Grasse, Francis Kurkdjian kembalikan kaedah pengekstrakan yang digunakan pada 1947 yakni apabila Miss Dior dicipta bersama nota-nota manis buah seperti strawberi, pic dan aprikot. Aroma bunga melati (Jasmine) adalah pilihan terbaik yang telah dilalui dengan rawatan inovatif, proses tuai yang baik sehingga ke kaedah pengekstrakan. Bunga yang dipetik bulan Julai  iaitu di awal musim menuai, sewaktu berehat, bunga ini mengeluarkan nota hijau yang dipanggil indole. Setelah itu ia akan melalui proses pengekstrakan rahsia yang menghidupkan semula aspek aroma manis buah.

See also
Kening Terbentuk, Ini Tip dan Saranannya

Kini, bunga melati (Jasmine) bersama nota manis buah merupakan signature komposisi buat Miss Dior baharu oleh Francis Kurkdjian yang menjemput keseronokan berganda kala memakainya. Siluet ikonik botol wangian Miss Dior yang baharu juga kini berwajah lebih feminin yang menegaskan semula identiti couture asalnya.  Seperti “Cut like a suit”, dengan garisan halus dan bersih. Botol ini dilihat lebih menyerlahkan kemewahan wangianya. Bentuknya lebih canggih yang memberikan ekspresi bebas dengan corak houndstooth yang terukir indah. Ia menyemarakkan lagi sentuhan maskulin yang berkontras elemen feminin dengan ikatan reben yang setia di penghujungnya.

Dior

Kempen Miss Dior juga hadir dengan semangat baharu lebih kuat berbanding kebiasaan! Wajahnya yang menampilkan aktres cantik Natalie Portman kembali hadir dengan penuh kegembiraan dan keghairahan telah difilemkan oleh Direktor Manu Cossu. Wajah Natalie terlihat lebih berseri sambil menari dan memakai gaun renda hitam sensual yang direka oleh Maria Grazia Chiuri dari peragaan Haute Joaillerie 2023. Keghairahannya semakin terserlah apabila jurugambar Australia, Lachlan Bailey menangkap gambarnya penuh riang dan bersinar.

See also
Datin X: Herdik Pekerja Bawahan

Artikel berkaitan Kisah Baru Natalie Portman & Miss Dior