An Audience With Tengku Shaheera - Glam Malaysia
Tengku Shaheera

An Audience With Tengku Shaheera

Ketokohan Almarhum Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar ketika hayatnya menjadi teladan kepada putera & puteri baginda. YM Tengku Shaheera binti Tengku Abdullah kini menyambung legasi dengan menubuhkan Yayasan Tengku Abdullah (YTA).

pengarang fesyen  JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHIN TOO solekan SAHIR SABRI dandanan CKAY LIAW penata gaya hijab NAZLIVINGSTYLE teks MARINI MAT ZAIN

Kehilangan Almarhum Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar pada 2018 memberi kesan mendalam terhadapnya. Namun, didikan Almarhum ayahanda sebagai seorang dermawan diteruskannya oleh Tengku Shaheera dan abangnya Tengku Abu Bakar. Mereka dua beradik telah memutuskan untuk menubuhkan YTA pada 2021 demi menyambung kerja amal dilakukan Almarhum ayahanda dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Pengalaman berada di kota London sejak usia enam belas tahun banyak membantu kemahiran bersosial Tengku Shaheera. Justeru itu, mudah untuk puteri ini lebih memahami individu yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Kemahiran tersebut yang banyak membantunya sebaik pulang ke Malaysia selepas menamatkan ijazah dalam pengurusan perniagaan dan sarjana dalam reka bentuk dalaman.

Bakti Ayahanda Menjadi Teladan

Visi jangka panjang YTA adalah untuk terus membantu sebanyak mungkin masyarakat dari pelbagai peringkat usia, kumpulan, bangsa, dan latar belakang. YTA bertujuan untuk menyalurkan bantuan ke seluruh Malaysia. Menurut Tengku Shaheera, dia berharap agar kesedaran sosial tentang program YTA ini didengari dan dapat berhubung dengan sekolah-sekolah baru. Semoga orang ramai menyedari kerja amal yang dilakukan dan dapat berhubung secara langsung dengan mereka yang memerlukan.

See also
Bayang 'Classic Summer' Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021

“Saya dapat melihat bahawa misi pembangunan masyarakat adalah keutamaan kami. Saya percaya bahawa setiap sedikit bantuan adalah penting tanpa mengira bangsa, latar belakang kelahiran. Kami membantu rumah anak yatim, rumah orang tua, ibu tunggal, keluarga B40, pesakit penyakit kronik atau pelajar yang memerlukan bantuan. Kami berfungsi lebih baik sebagai sebuah komuniti dan terus harus peka terhadap orang-orang sekeliling.”

Tugasan harian mereka bergantung kepada jumlah acara yang ada pada setiap bulan dan jenis aktiviti yang lakukan juga. Walau bagaimanapun, tugas yang paling konsisten yang dilakukan adalah sumbangan susu formula dan tuala wanita kepada keluarga B40 atau mana-mana rumah amal yang memerlukannya. Ia merupakan aktiviti rutin dilakukan sepanjang tahun dan YTA telah membuat sumbangan dua sehingga tiga kali sebulan mengikut tempat-tempat berbeza.

Tengku Shaheera

 

Pembangunan terkini YTA adalah sumbangan ‘prescription glasses’, yang merupakan inisiatif baru yang dibentuk setahun lalu. YTA secara berperingkat telah berkunjung ke sekolah-sekolah luar bandar di seluruh Malaysia secara berperingkat seperti di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Malah, mereka mengesan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menerima bantuan YTA ini.

“Kami merancang untuk pergi ke bahagian lain di Malaysia tidak lama lagi kerana mendapati bahawa ramai pelajar muda di bawah umur lapan tahun sangat memerlukan ‘prescription glasses’ tetapi tidak mampu atau tidak mempunyai akses menjalani penapisan kesihatan mata. Oleh itu, kami ingin memperluas program ini sebanyak yang kami boleh untuk menemui lebih ramai pelajar yang boleh mendapat manfaat daripadanya.”

See also
GLAM 101: Roger Vivier

Tengku Shaheera penuh semangat berkongsi setiap perancangan YTA. Dia gembira dapat menabur bakti kepada masyarakat. Almarhum ayahanda menjadi pengaruh utama yang memberi inspirasi kepada dirinya. Banyak lagi yang diwarisinya dari Almarhum ayahanda seperti adab, selera berfesyen, minat melancong, cara bercakap dan gaya hidup. Ramai kenalan mengatakan bahawa mereka berdua paling tak tumpah banyak persamaan.

Menurut Tengku Shaheera, Almarhum ayahanda dikenali ramai sebagai lelaki budiman, tokoh berwibawa, bijak berbicara, bergaya, murah hati dan sangat berdisiplin. “Besar harapan saya dikenang masyarakat seperti mana mereka mengingati Almarhum ayahanda,” ujarnya lagi. Seandainya beliau masih hidup, Tengku Shaheera yakin Almarhum ayahanda sangat bangga dengan pencapaian YTA hari ini. YTA turut membantu pelbagai jenis badan amal lain untuk meluaskan bantuan. Tengku Shaheera mahu belajar daripada mereka yang sudah lama melakukan kerja amal. Dia tidak kisah menimba pengetahuan dan berharap kesedaran penjenamaan YTA akan lebih luas menyantuni masyarakat.

Memperluas Inisiatif Murni

Tengku Shaheera

Mereka meluaskan lagi kerja kebajikan termasuk membantu membersihkan sampah di Zoo Negara sehinggalah sumbangan derma stetoskop bagi pelajar Sarjana Perubatan di UPM Selangor. “Ini adalah salah satu kekuatan Yayasan kerana YTA sangat fleksibel dalam jenis aktiviti dan bantuan yang kami boleh berikan. Keperluan asas itu lebih penting dari sumbangan wang. YTA turut menganjurkan rumah terbuka dengan mengundang tiga rumah anak yatim bersua muka dengan keluarga kakitangan Fomema. Adalah penting untuk menggabungkan masyarakat dari latar belakang yang berbeza. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak dua latar berbeza ini bergaul dan menghabiskan masa berkualiti bersama.”

See also
Halston, Kisah Menarik Tentang The King Of Nightlife

Majlis Berbuka Puasa Di Lanchang, Pahang, adalah acara tahunan yang penuh bermakna. Tempat ini istimewa bagi Tengku Shaheera sekeluarga kerana Almarhum ayahanda berasal dari Pahang. “Suatu hari Almarhum ayahanda memandu balik Kuala Lumpur dari Kuantan dan kami singgah solat. Beliau kemudiannya membangunkan kawasan tersebut dengan membina masjid yang dinamakan sempena bondanya. Masjid tersebut kini dipanggil Masjid Al Azam. Saya juga rapat dengan nenda. Telah sepuluh tahun berlalu, pasti kami teringatkan mereka berdua. Setiap tahun kami menjemput semua komuniti dan seramai 700 orang menghadiri pada tahun ini. Ini termasuk pelajar dari sekolah tahfiz, mereka-mereka yang memerlukan berkeperluan khas dan juga warga emas. Acara ini menjadi tradisi dan sangat istimewa bagi saya dan adik beradik.”

Tengku Shaheera bersyukur, sehingga hari ini tiada cabaran besar mereka alami kecuali….

 

*Untuk baca lanjut serta lebih eksklusif lagi tentang kisah Tengku Shaheera, dapatkan naskhah terkini GLAM Malaysia isu Mei 2024 di pasaran.