Colgate Perkenal Ubat Gigi Ungu Untuk Hasil Putih Berseri!

Colgate Perkenal Ubat Gigi Ungu Untuk Hasil Putih Berseri!

Memperkenalkan Colgate Optic White Purple sebagai item terkini dalam kocek beauty essentials mesti ada buat anda yang mahukan senyuman berseri dengan serta-merta.

Warna memainkan peranan penting di dalam kehidupan setiap manusia. Ia menggambarkan emosi bahkan mampu mempengaruhi rasa dan persepsi hati juga berkait rapat dalam setiap interaksi manusia bersama persekitaran. Bukan itu sahaja, mengenali warna sebenarnya adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Bercakap tentang warna ini, pasti anda pernah mendengar tentang kewujudan rona warna, bukan?

Colgate

Tahukah anda, sebenarnya kedudukan warna yang bertentangan pada roda warna memberi hasil padanan yang paling serasi? Apabila dua tona bertentangan ini diadun bersama, ia mampu menghasilkan satu rona dengan kontras yang tinggi langsung membuatkan sesuatu itu tampil lebih menyerlah. Ianya dipanggil sebagai warna komplimentari. Antara kombinasi warna yang serasi adalah ungu dan kuning. 

Colgate Optic White Purple, Inovasi Kecantikan Terkini Buat Gigi

Oleh kerana itu, anda pastinya teruja untuk mencuba sendiri sebuah padanan rona terbaik terutama sekali buat merawat gigi kuning. Maka dengan itu, kami mencadangkan untuk anda mencuba Colgate Optic White Purple Colgate yang menampilkan ubat gigi berwarna ungu. Rona unik ini mampu membetulkan tona kuning yang terdapat pada gigi dan yang paling penting ianya diperbuat daripada bahan yang selamat. Ia bakal memberi pengalaman menggosok gigi setiap hari yang lebih menyeronokkan! 

See also
Rambut Santai Ilham Anugerah Emmy

Colgate

Berinspirasikan daripada teori roda warna, apabila warna ungu dan kuning diadun bersama, ia mampu memberi hasil rona putih. Dengan itu, Colgate tampil melancarkan ubat gigi Optic White Purple, sebuah revolusi kecantikan gigi optima dengan teknologi colour correcting yang mampu mengembalikan hasil gigi lebih putih.

Konsep yang sama diaplikasikan pada syampu ungu dan produk mekap yang berfungsi meneutralkan warna serta memberi hasil lebih berseri, begitu juga dengan ubat gigi ini. Menariknya lagi, ia memiliki formula High Clean Silica dan Core Shell Silica. Ia memberi fungsi utama dalam memberi kesan pemutihan dan menyingkirkan kotoran pada permukaan gigi. 

Bahan kandungan yang terdapat di dalam Colgate Optic White Purple ini juga selamat dan mampu diamalkan setiap hari. Malah ia juga mudah didapati di Shopee, Lazada, Watson dan Guardian seluruh negara.

Colgate

Hari ini ramai yang berpendapat bahawa kecantikan adalah meliputi segala-galanya. Stail bergaya, padanan aksesori, kulit berseri, rambut yang sihat, kesemuanya bertujuan membina keyakinan diri sempurna. Sama seperti gigi dan senyuman. Kini tidak sukar lagi dalam mencari keyakinan diri,  rutin harian menggunakan Colgate Optic White Purple sudah kami anggap sebagai beauty hack terbaik malah cukup mudah!

See also
Karlie Kloss Sebagai Good Girl Terbaru Carolina Herrera

Rasai kesegaran ubat gigi Colgate Optic White Purple ini dengan intipati daun pudina segar yang manis. Bukan itu sahaja, anda akan melihat sendiri buih rona ungu langsung memberi nafas segar selepas menggunakan ubat gigi ini!