Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024 - Glam Malaysia

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Masih buntu hendak pilih rona apa sesuai untuk tema Raya anda tahun ini? Mari lihat dan ambil tahu rona baju raya bakal popular tahun 20204 menjelang lebaran !

Rona busana Hari Raya Aidilfitri semestinya menjadi perbualan hangat saat bulan Ramadan. Pasti ramai diantara anda sudah membeli kain bagi menempah dan membuat persiapan baju raya. Tempahan baju raya sebaiknya dibuat lebih awal agar baju raya yang ditempah dapat disiapkan dengan kemas dan rapi pada waktu yang dikehendaki. Pada waktu sebegini, para perniaga, pereka fesyen dan tukang jahit pastinya berhempas pulas menyiapkan baju raya yang ditempah oleh pelanggan. Segelintir dari individu di luar sana pasti ada yang sudah menghantar tempahan baju raya sebelum puasa agar tempahan itu boleh disiapkan dengan awal dan tidak perlu tertunggu-tunggu. Baju yang ditempah perlulah mengikut cita rasa dan keselesaan pelanggan agar busana Hari Raya itu kelihatan terletak elok pada badan si pemakai. Perbincangan diperlukan agar produk akhir busana Raya itu mempunyai kualiti yang maksima dan disukai oleh pelanggan.

See also
Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel

Pemilihan rona baju Raya amat penting agar rona yang dipilih sesuai dan menyerlahkan aura penarik si pemakai. Pemilihan rona yang dipilihlah bukanlah ikutan trend semata-mata. Pemilihan rona juga perlu dititikberatkan dan ditapis mengikut kesesuaiannya. Rona yang dipilih perlulah secocok dengan warna kulit si pemakai. Kesalahan pemilihan rona baju raya boleh menyebabkan si pemakai kelihatan kusam dan tak menarik. Rona yang dipilih untuk membuat baju raya semestinya dipilih dalam warna-warna popular tahun ini. Pemilihan warna yang tepat boleh membuatkan si pemakai kelihatan kacak bergaya bagi yang lelaki dan cantik jelita bagi wanita. Dalam pemilihan rona baju raya dinasihatkan agar memilih  rona yang tidak terlalu menonjol dan bersesuaian dengan konsep islam yang berdehana bagi meraikan kemenangan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

7 Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024 Menjelang Lebaran

Pembaca Glam semestinya tidak sabar akan rona yang bakal popular bagi tahun 2024 bukan? mari kita selami dengan lebih dalam apakah warna yang bakal popular itu. Pemilihan rona baju raya merupakan pemilihan yang penting. Disarankan agar anda semua membuat pemilihan dengan tenang dan tidak terburu-buru. Semoga lebaran anda lenih warna-warni dihiasi dengan rona-rona ini!

See also
Kemewahan Aildifitri INNAI RED Raya Luxe 2021

 

1. ORANGE BRICK

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

2. HIJAU LUMUT

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

3. MAROON

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

4. KELABU

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

5. Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024: KUNING CAIR

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

6. BEIGE

Rona Baju Raya Bakal Popular Tahun 2024

Sumber imej dari Google dan Pinterest

7. NAVY BLUE

 

Rona Baju Raya Bakal Popular

Sumber imej dari Google dan Pinterest