Kos Sebenar Oscar Dari Karpet Merah Ke Majlis Anugerah - Glam Malaysia
Kos Sebenar Oscar Dari Karpet Merah Ke Majlis Anugerah

Kos Sebenar Oscar Dari Karpet Merah Ke Majlis Anugerah

Tinggal beberapa hari lagi sebelum berlangsungnya acara yang ditunggu-tunggu, Anugerah Akademi atau Oscar ke-96.

Anugerah berprestij yang akan diadakan pada 11 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles ini bakal menyaksikan para selebriti berkumpul untuk meraikan kejayaan dalam industri perfileman.

Dari karpet merah ke trofi ikonik, laporan Oscar tahunan WalletHub mendapati penghormatan kepada pencapaian terbesar dalam filem ini hadir bersama ‘tanda harga’ yang tinggi.

Lihat sendiri pecahan kos untuk menjayakan Oscar setiap tahun

1. Majlis Anugerah Akademi 2024 akan menelan belanja sebanyak USD56.9 juta.

Bagaimanapun ini hanyalah nilai kecil jika dibandingkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan calon Oscar. Killers of the Flower Moon — yang dicalonkan dalam 10 kategori tahun ini termasuk filem terbaik — menelan belanja sebanyak USD200 juta, paling tinggi daripada mana-mana calon filem terbaik lain.

 

2. Karpet merah yang mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi berharga USD24,700.

Itu bukan satu-satunya angka mengejutkan tentang karpet merah Oscar. Sebanyak 30 gulung permaidani, 600 jam dan 18 kru diperlukan untuk memasangnya.

See also
AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

 

3. Setiap trofi Oscar berharga USD400.

kos oscar

Anggaran kos setiap trofi ikonik bersalut emas 24 karat yang dianugerahkan kepada pemenang adalah sekitar USD400. Trofi diberikan kepada 24 kategori dan menurut polisi, pemenang hanya dibenarkan menjualnya selepas membuat tawaran USD1 kepada Akademi untuk membelinya.

 

4. Pasangan selebriti harus membayar sekurang-kurangnya USD100,000 untuk mendapatkan tiket ke Vanity Fair Oscar Party.

Setiap tahun, acara glamor anjuran Vanity Fair yang dinanti-nantikan ini dihadiri bintang tersohor Hollywood — kebiasaannya dalam persalinan berbeza daripada busana yang digayakan di karpet merah.

 

5. Beg cenderahati Oscar mengandungi hadiah seperti penjagaan kulit, tiket percutian mewah, makanan ringan dan peralatan elektrik.

kos oscar

Menurut WalletHub, nilai setiap beg cenderahati yang diberikan kepada setiap calon adalah sebanyak USD125,000. Bagaimanapun ia bukan dihadiahkan oleh Akademi tetap agensi pemasaran di Los Angeles, Distinctive Assets. Antara hadiah hebat dalam beg ‘Everybody Wins’ tahun 2024 termasuk tiket pelancongan ke Switzerland dan St. Barts, rangkaian lengkap produk penjagaan kulit Miage dan peralatan dapur mewah dari THOR Kitchen.

See also
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah

 

6. Persalinan selebriti kelas-A menelan belanja sekitar USD10 juta.

kos oscar

Bagaimanapun menurut WalletHub, kos penampilan artis yang baru pertama kali menghadiri Oscar adalah USD266,000. Disebabkan penampilan setiap selebriti bergantung pada populariti mereka, kos purata adalah sekitar USD1.5 juta.

Pada 2014, Cate Blanchett mencipta sejarah apabila tampil dengan gaya USD18.1 juta. Gaun Armani Privé berharga USD100,00 yang disarungnya adalah item paling murah pada tubuhnya. Barang kemasnya sahaja dianggarkan bernilai USD18 juta.

 

7. Iklan 30 saat yang ditayangkan semasa Oscar menelan kos hampir USD2 juta.

Menurut WalletHub, sekitar 19.9 juta orang menonton rancangan itu tahun lalu. Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 8% dari tahun 2022, jadi tidak hairanlah jika kos iklan pada acara secara langsung sebegini adalah mahal. Kos sebenarnya adalah USD1.85 juta, 73% kurang daripada kos iklan Super Bowl yang berharga USD7 juta.

 

8. ABC memperoleh bayaran lumayan daripada periklanan.

WalletHub menganggarkan bahawa ABC, rangkaian TV yang menganjurkan anugerah itu, meraih sekurang-kurangnya USD120 juta daripada hasil iklan. Lebih USD23 juta datangnya daripada iklan liputan karpet merah.

See also
Datin X: Datin Baru Kuala Lumpur, Tak Ada Class!

 

9. Hollywood membelanjakan lebih USD100 juta untuk melobi musim anugerah.

kos oscar

Untuk memenangi Oscar memerlukan lebih banyak usaha daripada sekadar mengeluarkan filem. Pada 2023, The New York Times melaporkan tentang ‘permainan’ kempen Oscars di mana ahli strategi profesional berusaha membentuk pendapat awam tentang filem, pelakon dan pesaing. WalletHub menganggarkan lebih USD100 juta dibelanjakan untuk melobi setiap tahun — itu melebihi bajet dua calon filem terbaik, Past Lives dan The Zone of Interest.

 

10. Kos penstriman satu filem untuk dinilai para pengundi adalah sebanyak USD20,000.

kos oscar

Akademi telah bertukar ke arah digital. Daripada membayar berjuta-juta dolar untuk menghantar salinan fizikal filem yang dicalonkan tahun ini kepada pengundi, mereka beralih kepada penstriman yang menelan belanja USD20,000 bagi setiap filem.

 

Foto: Getty Images

Baca: Oscar 2024: Senarai Yang Berjaya Dan Gagal Tercalon