Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung - Glam Malaysia
Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung

Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung

Power couple Bollywood, Ranveer Singh dan Deepika Padukone sedang menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil mereka.

Berita khabar itu diumumkan tidak lama selepas peminat berteka-teki tentang kehamilan Deepika. Menerusi satu hantaran di Instagram, pasangan itu memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan lukisan barangan bayi dan jangkaan bulan kelahiran.

Pengumuman ringkas pada 29 Februari itu tertulis, “September 2024. Deepika & Ranveer.” Menurut kiraan, aktres Jawan itu telah pun melepasi trimester pertama dan kini berada pada trimester kedua.

Deepika Padukone Ranveer Singh

Foto: The Indian Express

Ruangan komen perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti termasuk Karisma Kapoor, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra.

Kehamilan Deepika Padukone Dihidu Peminat

Spekulasi kehamilan Deepika yang meniti bibir peminat sebulan lalu semakin hangat diperkatakan selepas dia menghadiri British Academy Film Awards 2024 atau BAFTA pada 19 Februari.

Aktres berusia 38 tahun itu tampil anggun di karpet merah dalam sari sarat labuci dan barang kemas mewah daripada Sabyasachi Mukherjee. Bagaimanapun dia gagal menyembunyikan baby bump miliknya yang semakin membesar.

Foto: India Today

Menariknya awal tahun ini, Deepika berkongsi pandangannya tentang dunia keibubapaan kepada Vogue Singapore. “Saya dan Ranveer amat sukakan budak-budak. Kami tidak sabar mahu memiliki cahaya mata,” katanya.

See also
Kim Kardashian Titip Ucapan Hari Bapa Istimewa Buat Kanye West

Pasangan ini bertemu di set penggambaran filem arahan Sanjay Leela Bhansali berjudul Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela pada 2013. Mereka menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 2018.

 

Foto: Vogue India

Baca: Miranda Kerr Umum Kehamilan Anak Keempat