Bella Hadid bukan saja terkenal dengan cita rasa fesyen yang sempurna tetapi juga stail dandanannya yang menakjubkan.
Dengan satu sentuhan, gaya rambut supermodel ini mampu mengubah penampilannya secara keseluruhan. Ini sekali gus menjadikannya trendsetter dalam dunia fesyen.
Bella bijak memadankan gaya dandanan dengan pilihan fesyennya yang berani. Apabila menghadiri acara karpet merah, dia tidak pernah gagal tampil memukau dengan high ponytail atau gaya bun seksi. Membuktikan kemahirannya melakukan peralihan daripada gaya harian yang sofistikated kepada stail glamor Hollywood.
Sama ada mahkota anggun atau dandanan santai, pilihan Bella mempamerkan versalititi dan semangat yang ada dalan dirinya. Jika anda mahu mencuba stail rambut santai, elegan mahupun edgy, penampilan ikon fesyen dan kecantikan ini boleh dijadikan inspirasi.