Esei oleh Jiman Casablancas Buat GLAM

Naratif Fesyen Andrè Leon Talley & Thierry Mugler Oleh Jiman Casablancas

Esei oleh Jiman Casablancas buat GLAM Mac 2022.

glam jiman casablancas

Kepada mereka yang membesar di era 90an, nama-nama seperti Andrè Leon Talley (ALT) dan Thierry Mugler bagaikan sudah tidak asing lagi. ALT memulakan kerjaya fesyennya sebagai intern kepada Editor legenda, Diana Vreeland dan kemudiannya membina karier yang amat illustrious di Vogue. Sebagaimana Isabella Blow, ALT juga bertanggungjawab memperkenalkan serta membantu ramai figura fesyen, terutamanya yang berkulit hitam seperti Naomi Campbell, untuk membina nama di persada fesyen dunia.

Pemergian ALT dan Mugler walaupun mengejutkan, tidaklah sebesar kejutan kematian Virgil Abloh yang masih berusia 41 tahun di saat dia tewas kepada kanser pada bulan Disember 2021. Namun begitu, impak kematian kedua-dua ikon fesyen ini amat besar dan mendalam buat saya. Dalam dunia fashion journalism, ALT bukan sahaja seorang trailblazer, tetapi pendapat serta penulisan fesyennya diangkat sebagai biblical dan seringkali diakui sebagai pencetus trend. Siapa yang tidak ingat suatu babak di dalam dokumentari The September Issue di mana ALT secara terang-terangan mengkritik koleksi-koleksi yang telahpun dipersembahkan di NY Fashion Week. “So far it’s a bleak streak here in America. You know what, it’s a famine of beauty! My eyes are starving for beauty!”. Kerana pengaruh itu jugalah ALT turut dikenali sebagai ‘the Nelson Mandela of fashion’.

See also
#ApaSiapaDiMana: Jisoo, Jackson Wang dan Jeff Satur Parti Bersama Cartier Di Singapura

ALT menganggap dirinya lebih dari sekadar peminat fesyen, tetapi seorang kustodian dan sejarawan fesyen. Membaca artikel-artikel tulisannya bagaikan membawa kita ke suatu dunia tidak mungkin dapat difahami jika anda hanya punyai pengetahuan asas tentang dunia itu. Sumber rujukannya dipetik dari pelbagai reference dari seluruh dunia. Mungkin juga ini adalah pengaruh mentornya sendiri iaitu Vreeland yang pernah bertugas sebagai kurator fesyen di Muzium Metropolitan New York, dan juga bertanggungjawab memperkenalkan the MET Gala. Dan naratif ini jugalah menjadikan ALT sumber inspirasi penting bagi generasi baru dunia kewartawanan fesyen seperti Edward Enninful – lelaki kulit hitam pertama yang menyandang jawatan Editor bagi British Vogue dan telah berjaya menjadikan edisi UK sebagai yang paling berjaya di antara edisi-edisi majalah tersebut di seluruh dunia.

Selepas kematian Alexander McQueen pada tahun 2010, pemergian Manfred Thierry Mugler pada bulan Februari tahun ini turut menusuk jiwa. Dikenali dengan rekaan avant garde, architectural serta sarat dengan elemen punk dan hyperfeminine, pertunjukan fesyen Mugler di minggu fesyen juga sering dinantikan kerana keunikannya dan bersifat theatrical. Mugler bolehlah dikatakan mendahului zamannya. Tatkala generasi ini begitu rancak membincangkan tentang NFT, metaverse dan matawang kripto,Thierry Mugler yang namanya mula disebut sebut pada lewat 80an dan 90an telah mula merencanakan naratif fantasi dan imaginasi teknologi luar kawalan bagi label Mugler pada waktu itu.

See also
GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change

Pertama kali menonton muzik video Too Funky oleh George Michael yang menampilkan barisan supermodel seperti Linda Evangelista, Eva Herzigova, Nadja Auermann, Beverly Peele dan Tyra Banks yang kesemuanya memperagakan rekaan Mugler saya diam terpaku. Ianya terlampau hebat! Tanpa kemudahan internet ketika itu, saya gigih mencari rujukan dan membaca tentang Mugler dari majalah-majalah fesyen, dan mula mengetahui tentang kehebatannya dari rancangan Fashion TV yang disiarkan lewat tiga musim di saluran TV2 RTM. Setelah berehat dari dunia fesyen, legasi rekaan Mugler diteruskan oleh pereka fesyen Amerika, Casey Cadwallader, yang menyandang jawatan Pengarah Kreatif sejak tahun 2018. Namun begitu, naratif Mugler di tahun 90an tidak dapat ditandingi dan kekal sehingga kini sebagai di antara pereka fesyen yang paling saya kagumi.

Esei ini pertama kali dicetak buat GLAM Mac 2022