"Mob Wife Winter", Trend Fesyen TikTok Terkini. Apa Kata Anda? - Glam Malaysia
mob wife winter

“Mob Wife Winter”, Trend Fesyen TikTok Terkini. Apa Kata Anda?

Tiada lagi trend “Clean Girl aesthetic”, kini trend terbaru di TikTok, “Mob Wife Winter” menjadi kegilaan! 

Peredaran trend terutama sekali di TikTok sememangnya luar biasa. Baru sahaja diperkenalkan dengan trend estetika “clean girl”, “old money dan “quite luxury”, kini generasi muda mula heboh memperkenalkan trend “mob wife winter“. Apakah yang dimaksudkan oleh trend ini?

Mob Wife Winter, Trend Bakal Hit 2024

Cuba anda bayangkan watak Carmelo Soprano, Karen Hill di dalam “Goodfellas” atau juga watak Rosalyn Rosenfeld di dalam “American Hustle”. Apakah yang menjadi persamaan di setiap karakter ini? Rambut kembang penuh volume! Ini yang dimaksudkan dengan trend “mob wife winter” ini.

Watak Carmelo Soprano yang dilakonkan oleh Eddie Falco

Selain itu, gambaran lain yang mencerminkan trend ini juga adalah seperti gaya wanita seksi, penuh berkeyakinan dan punya aura glamor dan memukau mata yang memandang.

Bold glam is the key! Jika tahun lalu, pilihan yang lebih lowkey (tidak terlalu menunjuk dan lebih selesa bergaya asas) bak gaya Sofia Richie, Gwyneth Paltrow, kini tidak lagi menjadi pilihan. Komuniti fesyen TikTok lebih terinspirasi daripada gaya yang fearless seperti Kylie Jenner, Dua Lipa dan Taylor Swift yang kini sering dilihat menggayakan helaian bulu-bulu, skirt mini, gincu merah, cetakan juga aksesori emas.

See also
Stella McCartney Undang Pengkarya Seni Reka kemeja T Grafik "A to Z" Edisi Terhad

mob wife winter

Dua Lipa & Taylor Swift (gambar: google)

Namun, itu jika kita berbicara soal fesyen. Bagaimana pula dengan gaya solekan yang mahu dipadankan dengan estetika “mob wife winter” ini? Menurut pemerhatian kami di GLAM, untuk memadukan solekan yang sesuai buat gaya ini, ternyata solekan glamor klasik adalah yang paling sesuai. Layangan penggaris bibir melangkau sedikit dari garisan bibir sebenar berserta mata yang disolekn smoky. Cukup seksi!

Bak kata mereka, estetika ini bukan sahaja terletak pada penampilan luaran, ia seharusnya dilengkapkan lagi dengan karakter yang berani. Sarungkan kaca mata hitam, barang kemas jenis chunky, kot bulu atau suntikkan desain animal prints ke dalam busana anda, you are all good to go! 

Ikut tip pempengaruh digital tentang trend “Mob Wife Winter” ini

#1 @rachspeed

#2 mikaylatoninato

@mikaylatoninato

I was honestly made for this #mobwife #mobwifeaesthetic #cleangirl #cleangirlaesthetic #mobwifewinter #style #styletips

♬ original sound – mikayla

#3 Emily Gemma

@emilyanngemma5

Faux fur of course 👏🏽 #mobwife #mobwifevibes #mobwifeera

♬ original sound – kayla trivieri