7 Best of Beauty di Golden Globes 2024
Selepas 2 tahun tidak bersiaran langsung, Golden Globes 2024 kembali hangat dengan ilham cantik terbaik dan lebih glamor! 7 pilihan GLAM.
Golden Globes 2024 membuka tirai tahun baru 2024 dengan kehadiran selebriti terkemuka dunia, Dari penampilan fesyen hinggalah kecantikan menjadi tumpuan di karpet merah. GLAM spotted beberapa ilham dan gaya cantik trend 2024 yang menjadi pilihan selebriti terkenal. Ini 7 gaya dan ilham Best of Beauty di Golden Globes 2024.
1. MARGOT ROBBIE
Masih dalam mood Barbiecore! Dandanan rambut blonde waves dan solekan lembut soft peachy serlahkan kecantikan uniknya.
2. FLORENCE PUGH
Gaya dandanan fauxhawk mencuri perhatian lensa kamera di Golden Globes 2024. Lebih sempurna ia digabungkan bersama solekan ringkas, neutral dan bibir rosy.
3. AMANDA SEYFRIED
Hadir dengan solekan mata smokey merah! Trend solekan mata 2024 yang dikatakan menjadi pilihan tahun ini.
4. ROSAMUND PIKE
Hadir dalam adibusana Haute Couture Dior dan aksesori wajah unik. Solekan neutral dan segar menyerlahkan wajahnya disebalik highlighter dan pemerah pipi. Wajahnya disolek oleh jurusolek selebriti Melanie Inglessis yang menggunakan produk solekan Dior Beauty.
5. JULIA GARNER
Playful look! Julia Garner selesa dengan gaya nakal tetapi kekal elegan. Gabungan ilham solekan mata frosty, matte lip serlahkan penampilan anggunnya.
6. SELENA GOMEZ
Tampil anggun dengan gaya dandanan high bun oleh Marissa Marino yang mencipta keunikan tersendiri. Wajahnya lengkap menggunakan Rare Beauty.
7. RACHEL BROSNAHAN
Cantik! Dia terlihat sempurna bersama trend hair bow yang menjadi ikutan 2024. Deep Red Bow tersimpul menawan di atas dandanan rambut panjang ponytail serlahkan gaya moden dan minimal. Warna gincu menggunakan Stila Stay All Day Liquid kod Beso .
Artikel berkaitan Riasan Wajah Menawan Atas Karpet Merah Golden Globes 2019