Datin Intan Najuwa: Setiap Hari Saya Bahagia Apabila Bersama Si Dia
PEMBUKA TIRAI 2024, GLAM MENYELUSURI KESUMA ASMARA ANTARA DATIN INTAN NAJUWA DAN DATUK AHMAD AZRAF AZMAN DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAH TANGGA MEREKA.
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar Edmund Lee/Hexa Studio solekan SKF BONG dandanan CKAY LIOW teks AZZA FARAHANA busana & aksesori DIOR
Berhari-hari saya menanti untuk bertemu menemuramah pelakon yang juga pengantin baru ini, Datin Intan Najuwa tetapi dia teramat sibuk waktunya terikat dengan sesi penggambaran drama bersiri Slot Samarinda memegang watak psiko yang dijadualkan ditayangkan di TV3 Januari 2024.
“Babe once I’m done with my shooting, I will straight away fly to New Zealand with my husband, we do it once I’m in NZ via phone ok!” ujar Intan melalui pesanan voice note. Kebetulan saya pula ke kota London. Jadi kami langsungkan sesi interview antara dua kontinen negara yang beribu batu jauh dari tanah air.
Burung-burung merpati girang menyanyi, awan mendung sejuk menggigit tubuh di kota London seolah-olah tahu saya sedang menulis ceritera cinta antara Datin Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, bersama suami tercinta Datuk Ahmad Azraf Azman,39. Di taman Hyde Park, saya duduk di sebatang kayu gergasi dan di bawah pepohon besar, saya mula menulis kisah percintaan mereka.
Ketika mencintai seseorang, cintai apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika mencintainya tanpa syarat. “I feel lucky every day when I’m with him.” Terus terpacul dari bibirnya sebaik saya bertanyakan perasaannya menjadi isteri kepada Asraf. “Selepas berkahwin saya berasa lebih selamat dan bahagia. I know I have someone to walk with me through life. Saya juga lebih memahami apa makanan yang digemarinya apa yang tidak disukainya.”
Menurut Intan, detik pengenalan dengan suami adalah satu pertemuan jodoh yang dikirimkan dari Illahi kerana empunya diri tidak langsung menyangka pertemuan di sebuah restoran sewaktu sedang menikmati secangkir kopi, kebetulan sahabat Intan adalah sahabat Azraf juga. “Waktu itu dia spontan datang ke meja kami, daripada situ kami bersembang-sembang dan waktu itu saya sedar topik perbualan kami memang boleh masuk. Dan satu hari itu, saya dan keluarga bercuti di kota London, siapa sangka Azraf selamba beritahu dia mahu ke London untuk ‘catch up’ dengan saya katanya. Siapa tidak cair, semata nak berjumpa saya sanggup terbang beribu batu! Dia sanggup kejar saya sampai di sana! Jadi bibit-bibit cinta itu sebenarnya bermula di kota London.
Dia bawa saya dan adik tonton teater Cinderella, pergi coffee-coffee di kafe, jalan-jalan di tengah kota London yang sesak. Saya jadi terharu apabila Azraf banyak cuba mengambil hati keluarga saya, dan keluarga saya begitu senang dengan kehadirannya sewaktu di sana,” ujar lagi Intan anak kelahiran Johor ini yang juga terkejut persahabatan bersama Azraf yang baru berusia sebulan itu, Azraf terus melamarnya untuk menjadi suri hatinya. Sewaktu sesi melamar itu, hampir saban hari Azraf menghantar jambangan bunga padanya. Keprihatinan yang ditunjukkan Azraf sewaktu Intan jatuh sakit juga membuatkan Intan rasa terharu sekali. “Antara dalam banyak-banyak momen manis kami ialah sewaktu saya mendapat keputusan cemerlang dengan gred A++ saya dibanjiri dengan hadiah daripada Azraf.” Ujarnya lagi yang sering mengunjungi spa di Mandarin Oriental.
Ciri-ciri yang ada pada Azraf yang bisa mencuri hati Intan adalah dia adalah sosok yang begitu pentingkan hubungan kekeluargaan, itu pada saya amat penting. Apabila saya melihat dia sebagai ‘family man’ saya terus checked! Kerana saya orangnya amat menjaga keluarga saya, jadi pasangan saya harus menjaga familinya seperti mana saya mengutamakan famili saya.,”
“Apa perwatakan suami di mata you,?” Tanya saya. “Jika saya kata saya kenal suami sepenuhnya tidaklah. Dan pepatah Inggeris ada menyatakan getting to know someone is a never ending process. Asraf orangnya penyabar sebenarnya, tetapi biasalah kalau ada yang tidak kena dengan caranya dia akan tegur. The one thing that makes my heart fell for him is that he is a romantic person. Dan Asraf amat bertanggung jawab, seorang yang sangat pemurah, dia suka tolong orang itu yang betul-betul buat saya tertarik pada suami. Dan… paling penting he is very smart. Lelaki bijak itu seksi!.”
Melihat gaya hidupnya yang serba mewah saya cuba gali di mana tempat mereka selalu berdating, ternyata jawapan Intan cool sekali! “Dating spot kami sejak sebelum kahwin adalah satu restoran tomyum di tepi jalan sahaja, dulu masa bercinta setiap kali selesai shooting Azraf akan ambil saya setiap malam dan kami akan ‘dating’ makan tomyum, saya waktu di set sanggup ikat perut sebab nank makan sama-sama dengan Azraf malam nanti di restoran tomyum kegemaran kami! Akak kedai tomyum sampai dah hafal menu kami kerana
setiap malam akan ke sana.”
Artikel Berkaitan: Amanda Nell Eu: The Future Is Female