Gaya Solekan Selebriti Malaysia Paling Cantik Tahun 2023
gaya solekan selebriti Malaysia

7 Gaya Solekan Selebriti Malaysia Terbaik Tahun 2023

Terlalu banyak gaya solekan yang memikat hati, namun ini antara gaya solekan selebriti Malaysia terbaik pilihan GLAM buat recap tahun 2023 ini. 

Setiap wanita dilahirkan cantik dalam gaya dan rupa yang tersendiri. Pada GLAM, cantik bukan sekadar diukur melalui paras rupanya, cantik juga dilihat menerusi keperibadiannya. Seperti wanita-wanita pilihan GLAM ini, mereka ini punya pesona yang mampu memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja di luar sana. Mereka ini sudah sedia cantik, namun tatahan solekan menyerlahkan lagi look keseluruhan mereka saban kali dilihat anggun menghiasi majlis penuh meriah. Kali ini, GLAM ingin menyenaraikan gaya solekan selebriti Malaysia yang tampil memukau dan memikat hati untuk tahun 2023 ini.

Sudah tentu, pilihan GLAM sudah tentu wanita-wanita hebat yang punya kecantikan luar dan dalam. Mereka adalah Mimi Lana, Nabila Huda, Azira Shafinaz, Anna Jobling, Kaka Azraff, Janna Nick dan Scha Alyahya. Gaya solekan mereka ini menarik perhatian kami kerana tidak sering melihat wanita-wanita ini menggayakan mekap yang sebegini. Jom lihat!

Semak Gaya Solekan Selebriti Malaysia Paling Anggun Pilihan GLAM

#1 Mimi Lana

Sudah tentu wanita ini tampil luar biasa saat ke apa jua keraian yang dirai termasuklah ke majlis makan malam jenama kecantikan, Supergoop, ini. Wanita tinggi lampai yang senantiasa tampak cantik dalam apa jua persalinan ini memilih untuk menggayakan solekan seksi berbibir merah. Selain itu, Mimi turut memfokuskan solekan bold pada matanya dengan mengoles penggaris pada bahagian bawah juga atas mata. Mimi bijak memilih gaya rambut high ponytail untuk dipadankan bersama solekan klasik ini. Yang penting, tampak kemas dan tidak keterlaluan!

See also
Primer Ini Buat Wajah Bersinar Bab Porselin

 

#2 Nabila Huda

Sering tampil dengan pelbagai gaya baik solekan atau fesyen yang berani dan pada kami hanya Nabila Huda mampu menjiwainya. Piihan GLAM sudah tentu, look Nabila Huda yang cukup klasik ini. Tampil seperti wanita Melayu terakhir di malam gala filem RAHSIA, Nabila cantik mengenakan kebaya merah dengan solekan dan gaya rambut yang memukau. Solekan hasil tangan Ezad Ibrahim dan gaya rambut oleh Ckay Liow ini amat kena dengan Nabila Huda. Kami sukakan stail marcel wave hair yang mula popular di era 20-an ini.

Gaya Solekan Selebriti Malaysia

#3 Gaya Solekan Selebriti Malaysia : Azira Shafinaz

Manis dan tidak lekang dengan senyuman walau dimana wanita ini berada membuatkan kehadirannya disenangi ramai. Azira Shafinaz sentiasa tampil dengan gaya yang tidak menghampakan. Solekan dan gaya rambutnya juga selalu on point! Namun, antara gayanya yang paling diingati GLAM adalah sewaktu Azira menghadiri malam gala MOST GLAM kami pada tahun ini. Simple namun masih elegan! Solekannya yang glamor mengenakan palet rona tanah amat padan dengan tona kulit Azira. Solekan hasil tangan Ahmad Dani ini langsung tidak menghampakan!

See also
5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM

#4 Anna Jobling

Wajah persis anak patung! Anna Jobling adalah antara gadis favorite kami di GLAM. Apa jua yang digayakan wanita ini pasti mendapat perhatian ramai. Namun, mata kami amat tertarik dengan solekan yang digayakan Anna sewaktu di acara Armani Beauty yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini. Wajahnya disolek cukup minimal namun fokus diberikan pada solekan bibir. Bibirnya dioles gincu matte rona merah membara. Perfect! 

gaya solekan selebriti Malaysia

#5 Kaka Azraff

Kaka Azraff yang kami kenali sering memilih untuk menggayakan solekan bold dan penuh eksperimen kala beraksi di atas pentas menghiburkan peminatnya. We love her! Namun, solekan minimalis manis tatkala ditata buat kempen Raya 2023 jenama tempatan ini amat menarik perhatian kami. Jarang sekali melihat Kaka dalam solekan sebegini. Rona merah jambu menyerlahkan lagi sisi manis wanita hebat ini.

gaya solekan selebriti Malaysia

#6 Janna Nick

Masih tidak boleh move on dengan solekan yang digayakan Janna Nick sewaktu majlis persandingannya. Jurusolek yang diterbangkan khas dari Thailand, Babara Beer, ini ternyata memiliki magisnya yang tersendiri. Janna tampak sangat berseri-seri dengan solekan yang begitu glow sekali! Tidak cukup dengan itu, dia tampak sangat elegan, glamor dan mewah dengan gaya rambut bun rendah klasik bersama paduan tatahan berlian menghiasi leher dan telinganya. Ini adalah contoh solekan buat majlis sanding yang sesuai untuk digayakan sesiapa sahaja. Elakkan solekan keterlaluan!

See also
Bahana Selaran UV

#7 Scha Alyahya

She is the queen! Kami boleh katakan Scha Alyahya adalah ikon wanita hari ini. Hebat dalam berfesyen juga bijak dalam menggayakan solekan dan stail rambut sesuai untuk dirinya. Selain itu, setiap pilihan gayanya pasti menjadi inspirasi dan rujukan ramai. Walaupun kami masih tidak boleh move on daripada gaya solekan karpet merah Scha Alyahya di Venice Film Festival baru-baru ini, kami kini tertarik dengan beauty look Scha yang ini di mana dia mengenakan gincu bibir merah koral bersama pembayang pipi rona gelap berserta gaya rambut spiky bun!

Gaya Solekan Selebriti Malaysia

 

Sumber gambar: Instagram