5 Beauty Tools Perlu Milik Bulan Ini - Glam Malaysia
5 Beauty Tools Perlu Milk Bulan Ini

5 Beauty Tools Perlu Milik Bulan Ini

Dunia kecantikan terus tampilkan teknologi baharu dalam misi menyelesaikan setiap masalah. GLAM bariskan 5 Beauty Tools terbaik bulan ini buat anda. 

Peranti cantik atau beauty tools bukanlah asing buat wanita terutama dalam dunia kecantikan. Ia juga sebagai alatan bantuan untuk menyelesaikan setiap masalah kulit wajah, badan dan juga rambut. Untuk bulan ini, peranti cantik hadir dengan barangan lebih maju dan berteknologi tinggi. Siapa sangka anda kini boleh membuang bulu di rumah menggunakan laser mudah alih.

Ini 5 peranti cantik atau Beauty Tools terkini:

1. FOREO

Foreo semakin maju dalam menghasilkan beauty tools terbaik dunia. Terbaru, Peach 2 iaitu Advanced IPL Hair Removal yang selamat digunakan di rumah bersama enam rawatan terbaik. Juga mempunyai sistem penyejukan kulit secara 360 darjah dan tidak terasa sakit. Harga di pasaran RM 2,249 untuk PEACH 2 dan RM 208 untuk PEACH 2 Cooling Gel.

2. GHD

Peranti rambut terkini memasuki teknologi inovasi dari rambut basah hingga terus terdandan cantik! GHD Duet Styler ini asasnya seperti pelurus rambut tetapi fungsi utamanya adalah untuk mengeringkan dan pada masa yang sama rambut didandan kemas tanpa terdedah dengan kerosakan haba. Harga di pasaran RM 2,100.

3. NUSKIN

Sesuai untuk kontur badan lebih efektif! NuSkin memperkenalkan peranti badan baharu iaitu AGELOC® WELLSPA IO™ lebih menjanjikan keanjalan, menegangkan kulit, tona kulit badan makin sekata dan tiada lagi penampilan selulit yang nakal! Reka bentuk bersifat ergonomik ini dikendalikan secara Bluetooth. Harga di pasaran

4. MOUNT LAI

Malas urut muka secara Gua Sha manual, Mount Lai kini hadir dengan teknologi LED Therapy Gua Sha menerusi The Vitality Qi Collection. Peranti Gua Sha ini bukan sebarangan kerana ia menggabungkan empat terapi saintifik  dalam sistemnya seperti membantu menganjalkan dan tegang kulit, bentuk kontur wajah. Harga di pasaran RM709

5. ULIKE

Jenama Korea, Ulike menampilkan peranti penyingkiran bulu IPL terbaik dunia! Ulike Sapphire Air-3 edisi terkini yang mempunyai teknolohgi Sapphire Ice-Cooling selamat digunakan di rumah dan bebas sakit kerana boleh menukar suhu mengikut keselesaan pengguna. Penggunaan selama 30 minit dan turut sesuai digunakan di kawasan yang lebih sensitif seperti garisan bikini. Harga di pasaran RM1,329

Pautan berkaitan 4 Perkhabaran Kim Kardashian Mesti Tahu