Produk Muka Mesti Miliki Bulan Ini
produk muka

3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini

Sudah bosan dengan produk muka sedia ada dan mahu mencuba sesuatu yang baharu buat diri anda? Ayuh GLAM senaraikan 5 produk terkini mesti anda miliki bulan ini!

Kami pernah menerima nasihat kecantikan daripada seorang guru kecantikan baru-baru ini. Katanya untuk mendapatkan keberkesanan optima terhadap penggunaan produk kecantikan pada kulit muka adalah dengan cara memperbaharui salah satu rutin cantik harian anda. Sebagai contoh, mungkin daripada 5 steps penjagaan muka anda itu, salah satu daripadanya haruslah diperbaharukan. Mungkin tukar kepada serum yang memiliki target baharu (daripada target merawat kulit sensitif kepada produk serum yang memiliki target melembap), atau mencuba terus jenama lain. Barulah produk kecantikan lain yang anda tepekkan pada muka akan kekal aktif meresap ke dalam kulit.

Jika bercakap tentang produk solekan pula, mungkin sebelum ini anda tidak pernah mencuba rona yang terang seperti jingga koral atau juga merah cili. Jadi, mungkin bulan ini anda boleh mengubah penampilan solekan anda agar tampil lebih fresh berbanding sebelumnya. Oleh itu, buat anda para penggemar kecantikan, kami di sini ingin berkongsi pelancaran produk muka terbaharu daripada jenama kecantikan lokal juga antarabangsa yang boleh anda cuba, mana tahu anda juga akan menyukainya! Ayuh lihat pilihan GLAM bulan ini!

See also
2 Minit Kulit Licin Biar Betul? Ini Rahsianya

3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini

#1 Shiseido REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation

Memiliki kandungan SPF 30 PA+++ yang baharu serta memberikan hasil muka berseri walaupun sesudah solekan ditanggalkan. Ini kerana bedak asas ini memiliki intipati dua prebiotic berkuasa iaitu Kefir+ yang difermentasi juga Niacinamide- yang mampu menjana keupayaann kulit untuk mengekalkan mikrobiom yang sihat agar kulit kekal cerah dan berseri secara semula jadi. Hadir dalam 30 pilihan rona sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia.

Produk Muka

#2 Melixir Vegan Relief Facial Moisturizer

Antara pelembap muka yang terbaik juga dicipta dalam bentuk vegan dan berformulasikan tumbuh-tumbuhan sesuai buat anda yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi. Intipati seperti ekstrak teh hijau dan minyak biji cumin hitam membantu merawat bahagian kulit kering, melembutkan lagi tekstur kulit disamping membekalkan hidrasi optima. Bukan itu sahaja, krim pelembap ini juga memiliki bahan agen pembasmi jerawat seperti intipati Aczero dan ekstrak daun centella asiatica yang turut bermanfaat dalam merawat kulit radang.

See also
No Time For Exercising? Lets Be Real.

#3 Aceology The Original Ice Globe Facial Massager

Sebuah alat urut muka moden yang dicipta bertujuan untuk menenangkan serta memberi pengalaman cooling pada kulit muka. Ia merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan kadar peredaran darah serta membekalkan oksigen secukupnya buat kulit. Di samping itu, rutin menggunakan alat urut muka ini juga mampu merawat penampilan pori serta memperbaharui kulit.