Hublot membawa esen inovasi indah bersama jelitawan GLAM

Empat Jelitawan Bergaya Indah Bersama Jam Tangan Hublot

Hublot menawarkan koleksi jam tangan yang mampu menzahirkan rasa kuasa dalam nada sensual dan semangat kewanitaan.

Elegan dan berinovasi, itulah kunci gaya penting bagi Hublot. Maka bagi terus meraikan koleksi jam tangan mewah ini, GLAM menjemput empat wanita kota buat menzahirkan rasa sebenar bergaya dengan himpunan mewah jenama jam tangan berinovasi tinggi ini!

Elisya Sandha menyarungkan jam tangan Hublot Big Bang One Click Rainbow King Gold 39mm.

Jam tangan Hublot Big Bang One Click Rainbow King Gold mampu menzahirkan rasa mood yang ada dalam diri. Tidak kisah dengan apa juga helaian busana, ia boleh menaikkan seri kewanitaan kerana taburan permata yang pelbagai rona. Lapan warna memberikan irama visual tersendiri yang berjalan dari dail ke bekas jam tangan mewah ini. Menambah nilai playful adalah pada tali jam tangan yang menggabungkan estetika getah bersama kemasan kulit buaya. Teknologi One Click memudahkan untuk menukar tali mengikut mood kamu!

See also
Pembukaan Butik Perdana Roger Dubuis Di Pavilion Kuala Lumpur

Datin Elvina Mohamad memilih jam tangan Hublot Spirit of Big Bang Steel White Pavé 32mm.

Gabungan tradisi dan inovasi yang cukup tinggi, maka lahirlah koleksi jam tangan Hublot Spirit of Big Bang. Ia adalah kesinambungan daripada himpunan jam tangan Big Bang yang telah lama kukuh di dalam carta Hublot. Rekaan bersegi diperkenalkan buat koleksi Spirit of Big Bang dan diindahkan bersama 96 butir berlian pada bekas jam tangan ini. Ia mempunyai ketebalan 11.10mm dan keluasan dail 32mm. Turut dikuasakan dengan sistem One Click bagi memudahkan penukaran tali jam tangan.

Nora Danish bergaya dengan jam tangan Hublot Classic Fusion King Gold Diamonds 38mm.

Nada elegan yang cukup memukau adalah kunci penting buat jam tangan Hublot Classic Fusion King Gold Diamonds 38mm. Bekas jam tangan ini diperbuat menggunakan emas King Gold yang ikonik buat jenama ini bersama diberi kemasan satin yang cukup bersih. Bagi memberi aura elegan kepada wanita, jenama ini juga menawarkan dail dalam rona hitam kelam lalu setiap butiran berlian yang ada mampu bersinar dengan sempurna.

See also
Braun Büffel Tawar Gaya That We Are Excited For Lebaran

Azira Shafinaz memakai jam tangan Hublot Classic Fusion Chronograph Orlinski Titanium 41mm.

Bagaikan satu arca seni yang cukup unik, itulah taruhan Hublot buat jam tangan Hublot Classic Fusion Chronograph Orlinski Titanium. Apatah lagi ia hadir dalam saiz 41mm yang mampu duduk selesa diatas pergelangan tangan wanita. Keunikan jam tangan ini juga terletak pada kemasan titanium yang ada pada bekas jam tangan. Pertama kali diperkenalkan pada 2017, jam tangan ini adalah garapan idea kreatif bersama Richard Orlinski dan terus mara dengan gaya-gaya baharu.

Artikel Berkenaan: Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada Hublot