#NYFW: Coach Musim Bunga 2024 Merai Gemilang 10 Tahun Stuart Vevers di Coach - Glam Malaysia
coach musim bunga 2024

#NYFW: Coach Musim Bunga 2024 Merai Gemilang 10 Tahun Stuart Vevers di Coach

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koleksi musim bunga 2024 Coach menceritakan sedekad Stuart Vevers di New York. Dalam tahun ke-10 Vevers sebagai pengarah kreatif, visi Vevers untuk Coach diperoleh daripada pengalaman peribadinya. 

Pementasan Coach musim bunga 2024, diadakan di New York Public Library yang bersejarah, merupakan perayaan kejayaan warisan yang dibayangkan semula untuk era moden. 

Dan tidak seperti kebangkitan semula dan kelahiran semula karya arkib Coach, musim ini adalah mengenai mencipta ikon baharu yang menggabungkan identiti jenama dengan kod gaya dengan semangat muda, menghasilkan gabungan nostalgia dan gaya kontemporari yang menawan, menjadikan visi yang seiring ulang tahun ke-10 pengarah kreatif, Stuart Vevers dengan Coach. 

Interpretasi muda mengevolusi pada koleksi Coach musim bunga 2024, sekaligus memperkenalkan siluet tailoring dalam material asli yang diimaginasikan semula dengan sifat kontra-budaya muda. Dan kecintaan pada pakaian vintaj. Suguhan koleksi kali ini memperlihatkan visi urban dan kaya ekspresi. Musim ini menampilkan item kulit dan jaket suede berjumbai dan blazer, serta kapas regeneratif dan denim. Yang ditekan dengan tangan dengan teknik artisanal untuk mencipta variasi dalam tekstur dan warna. Perincian yang kedua-duanya meraikan keindahan ‘pre-loved’, yang mana menjadi lebih berharga apabila ia semakin lama dipakai. Dan mencabar tanggapan kemewahan yang memberi penekanan kepada kesempurnaan. 

See also
Christian Louboutin Melancarkan Koleksi Sepatu Nude Baru

coach musim bunga 2024

Barangan kulit dan denim yang digunakan semula, yang diperoleh daripada ‘dead stock’ dan pre-loved, diberi nafas baharu sebagai komitmen Coach terhadap kelestarian fesyen. Salah satu rekaan yang patut difokus ialah gaun slip yang dihasilkan daripada sisa renda dan fabrik daripada produksi Coach sebelum ini, yang kini direka dalam motif multi rona untuk memberi nafas baharu. 

Koleksi ini juga memperkenalkan helaian lutsinar, gaun slip yang nipis, dress kait yang lama dan telah direka semula, diikat dan dibaiki dengan tangan. Di samping itu, terdapat satu siri kemeja T dan baju panas yang dicetak dengan grafik untuk Donohue, restoran stik klasik di Upper East Side, dibayangkan semula ikonografinya sebagai simbol gaya kesukanan. 

Aksesori kulit dan kasut menawarkan kontra gaya yang playful dan ekspresif, namun berpegang kepada jati gaya klasik Coach. Turut memperkenalkan kasut ragam warna dan flat jeli serta rangkaian baharu Coach Shapes dan beg Coach Tabby yang menjadi kesukaan generasi fesyen masa kini. Selain itu, Vevers meneroka beg harian dalam versi kulit, termasuk beg boling dan beg tote bersaiz besar. 

See also
Semarak Cinta Anda Dengan LOVE Collection Dari Cartier

Acara Coach musim bunga 2024 bertambah meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu utama, seperti Jennifer Lopez, Lil Nas X, Wu Jin Yan, Lee Youngji, Cami Mendes, Dove Cameron, Lil Buck, Lola Tung, Benito Skinner, India Amarteifio, Sasha Colby, Angga, Isyana Sarasvati, Pongtiwat Tangwancharoen, Nuttanicha Dungwattanawanich dan Ryosuke Yamada.