Serum Untuk Kulit Berminyak, Perlu Cuba Untuk Wajah Menawan

5 Serum Untuk Kulit Berminyak Agar Wajah Kekal Menawan

Mereka yang memiliki kulit berminyak seringkali elak untuk mencuba sesetengah produk kecantikan kerana risau ia tidak bersesuaian. Namun begitu, dengan teknologi yang semakin canggih kini ada serum untuk kulit berminyak terbaik di pasaran yang anda perlu cuba. 

Masalah kulit berminyak menjadi satu isu kepada ramai wanita lagi-lagi kerana kita tinggal di negara yang panas dan melekit sepanjang tahun. Lantas ini membuatkan kita cuba elak memakai sesetengah produk kecantikan kerana enggan kulit tampak lebih berminyak.

Namun, ada beberapa serum untuk kulit berminyak yang dapat membantu anda mendapatkan kulit idaman. Dengan tekstur dan bahan yang betul dan selamat, serum ini boleh memberi sedikit keajaiban untuk mengimbangi semula kulit wajah yang berminyak.

serum untuk kulit berminyak

Buat pengetahuan korang, punca utama kulit wajah asyik berminyak disebabkan oleh kelenjar sebum yang menghasilkan sebum berlebihan.

Sebum adalah bahan berminyak atau berlilin yang melembapkan dan melindungi kulit. Sebum sangat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat, namun jika berlebihan ia boleh menyebabkan kulit berminya, pori-pori tersumbat dan jerawat.

See also
Wanita-Wanita Glamor di Cannes 2023

5 Serum Untuk Kulit Berminyak

Menurut pakar dermatologi, serum sangat sesuai untuk kulit wajah yang berminyak tetapi serum juga mungkin tidak sesuai untuk dipakai oleh sesetengah individu.

Namun begitu, kami senaraikan serum untuk kulit berminyak terbaik yang kami rasa anda boleh cuba hari ini.

1. Clarins Lotus Face Treatment Oil 30 ml

serum untuk kulit berminyak

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda pasti fobia untuk mencuba oil based serum kerana risau kulit wajah anda bertambah berminyak. Namun anda tidak perlu risau kerana serum jenama Clarins ini dapat membantu kulit anda untuk melawan pengeluaran sebum yang berlebihan.

Bukan itu sahaja, serum ini mengandungi ekstrak Rosewood, Geranium, Hazelnut dan Lotus yang kaya dengan vitami C dan B yang berfungsi untuk menghidratkan kulit anda.

2. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml)

serum untuk kulit berminyak

Klairs Fresly Juiced Vitamin Drop Serum yang berasal dari Korea mengandungi 5% kepekatan vitamin C tulen yang sangat penting dan bersesuaian untuk kulit yang berminyak. Menurut kajian yang dibuat, 1% – 20% kepekatan vitamin C yang mencukupi, sudah memadai dan sangat berkesan dalam sesuatu serum.

See also
The Women About Town: Yaya Zahir, Fatin Aziz dan Zirra Azim

Serum ini juga berfungsi untuk mengecilkan pori-pori yang besar dan dapat mengubah kulit yang kusam menjadi kelihatan lebih berseri dan sihat. Ia juga diformulasikan dengan bahan-bahan yang cukup lembut dan sesuai untuk jenis kulit yang sensitif.

3. The Body Shop Tea Tree Anti Imperfection Daily Solution

serum untuk kulit berminyak

Serum ini mempunyai tekstur yang ringan dan nipis, yang sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah minyak di wajah yang berlebihan. Dirumus dengan Tea Tree Oil semulajadi yang boleh membersih, melicinkan dan mengurangkan keradangan kulit.

Selain itu, ia boleh mengurangkan cela di wajah dan mampu memperbaiki struktur keseluruhan kulit. Lebih penting lagi, ia juga berfungsi untuk menghalang pengeluaran minyak dan sebum berlebihan yang boleh menyebabkan jerawat.

4. Innisfree Green Tea Seed Serum

Serum jenama Innisfree ini berasal dari Korea yang diformalasi khas dalam merawat jerawat pada kulit wajah.
Menggunakan bahan 100% daripada Green Tea yang membantu untuk menyegarkan dan melembapkan kulit wajah.
Selain itu, ia juga mengandungi Amino Acid dalam Green Tea yang kaya dengan mineral dan ia uga berfungsi untuk mengawal pengeluaran minyak dan sebum.
Bukan itu sahaja, kandungan Dual Moisture-Rising Technology yang diambil daripada Green Tea Seed Oil yang mampu mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Teksturnya yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit, sangat sesuai untuk kulit wajah yang berminyak.

5. Laneige Water Bank Hydro Essense 30 ml

Jika kulit wajah anda masih terasa berminyak serta dalam waktu yang sama terasa kasar dan kering, ini menunjukkan kulit anda memerlukan kandungan air yang mencukupi.

See also
Most GLAM 2018: Nurita Harith

Serum ini berfungsi untuk menggantikan kandungan air yang hilang dari kulit tanpa menyebabkan kulit anda bertambah berminyak. Ia dirumus khas dengan Green Mineral Water yang mengandungi kale, beetroot dan Water Cress serta sistem Ocean Brew.

Artikel Berkaitan :  5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela