Serum Lancôme Advanced Génifique kini #TestedForLife
Serum Lancôme Advanced Génifique kini #TestedForLife

Serum Lancôme Advanced Génifique kini #TestedForLife

Advanced Génifique merupakan serum pembaikan kulit paling canggih Lancôme setakat ini. Untuk membuktikan keberkesanannya, GLAM menjemput enam personaliti untuk berkongsi pengalaman.

Advanced Genifique

Terbukti berkesan terhadap keadaan yang paling ekstrem, serum Advanced Génifique adalah serum pembaikan kulit paling canggih Lancôme setakat ini. Mengubah kualiti kulit dari hari pertama dan memulihkan kulit kelihatan muda dalam tujuh hari.

Daiyan Trisha

Hasil penyelidikan produk selama lima belas tahun dan kajian selama dua dekad dalam bidang sains mikrobiom telah melahirkan elixir yang memberi impak dalam menangani kesan tekanan dalaman dan luaran yang menyebabkan tanda-tanda penuaan kulit pramatang.

Jestina

Tahun ini, Lancôme pergi lebih jauh bersama serum Advanced Génifique yang melalui ujian intensif untuk membuktikan ia sememangnya #TestedForLife ; tidak kira jantina, iklim atau gaya hidup. Dengan tiga ujian berasingan,  yang dijalankan dalam semua jenis keadaan sepanjang tahun, hasilnya sangat menakjubkan.

Ung Yiu Lin

Génifique berlalu dengan cemerlang. Bukan sahaja diuji pada wanita, tetapi lelaki juga, malah berjaya mendapati bahawa serum Advanced Génifique kini benar-benar terbukti untuk semua. Juga menunjukkan keberkesanannya yang luar biasa dalam membaiki fungsi penghalang kulit, walaupun dalam keadaan iklim yang mencabar. Anda boleh mempercayai Génifique untuk datang menyelamatkan kulit anda daripada penceroboh.

See also
Rahsia Awet Muda: Nik Marini

Sonya Danita

Tidak kira kulit berminyak, kering atau sensitif, Génifique telah benar-benar direka dengan teliti untuk semua.

Nazreem Musa

Untuk membuktikan keberkesanan serum Advanced Génifique dari Lancôme. GLAM menjemput enam personaliti untuk berkongsi pengalaman mereka. Dari pelbagai latar-belakang, tanggungjawab dan jantina yang berbeza. Mari dengar pendapat mereka buat #GénifiqueForAll.

Zhen Ning

Artikel berkaitan Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H.C.F. Triple

Daiyan Trisha

Kini #TestedForLife, serum Advanced Génifique daripada Lancôme menyempurnakan rutin cantik buat @daiyantrisha sehingga dia merasakan seperti tidak lengkap tanpanya. “Serum ini buat saya selesa dengan kulit saya  sambil melindungi kulit saya daripada sebarang penceroboh yang keras”, kata Daiyan.

Jestinna Kuan

“#GénifiqueForAll bercakap mengenai inklusiviti dan kepelbagaian yang diwakili oleh Lancôme’s Advanced Génifique Serum”, kata Jestinna. Dia menghargai dan menerima idea bahawa Génifique adalah tentang menerima kecantikan dalam semua bentuknya dan meraikan keunikan setiap individu.

Zhen Ning

#GénifiqueForAll bermaksud benar-benar untuk semua orang. Tidak kira jantina, dari mana mereka berasal atau jenis kulit. Bagi Ning, ia penggalak keyakinan kerana serum ini menyerlahkan kulitnya dan memastikan dia sentiasa bersedia di depan lensa kamera.

Nazreem Musa

“Sebagai usahawan, content creator dan model, saya sering bergelut untuk mendapatkan tidur yang secukupnya,” dedah Nazreem Musa. Untuk mengekalkan rutin penjagaan kulit yang baik dia memilih serum Advanced Génifique. Serum ini mengandungi bahan-bahan yang sangat bermanfaat sehingga membuatkan dia berasa yakin dan terlindung.

Sonya Danita

Penggemar Génifique, Sonya Danita benar-benar menyukai rangkaian ini kerana is sesuai dengan kulitnya. “Ramai orang memberitahu saya bahawa saya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Génifique memainkan peranan penting buat diri saya”, kongsi Sonya.

Yiu Lin

Bergelar usahawan dan juga ibu, membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Sejak menggunakan serum Advanced Génifique, wajahnya semakin menyerlah. “It’s my guilty pleasure. Serum ini melengkapi rutin saya setiap hari,” jelas Yiu Lin.

Dapatkan serum Advanced Génifique di butik atau kaunter kecantikan Lancôme atau layari laman rasmi di lancôme.com.my