Britney Spears dan Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

Britney Spears & Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

Britney Spears dan suami mengambil keputusan untuk berpisah selepas 14 bulan membina mahligai. Mereka dikatakan telah mengikut haluan masing-masing. 

Pasangan ini pertama kali bertemu pada Oktober 2016 di set video “Slumber Party” dan berkongsi berita pertunangan mereka pada musim luruh 2021. Mereka telah mengesahkan hubungan mereka di laman sosial Instagram.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di Los Angeles, dan kira-kira 60 tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir termasuk Drew Barrymore, Madonna, Paris Hilton dan Selena Gomez.

Britney Spears dan Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

Britney Spears dan Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

TMZ, media pertama yang mengumumkan perpisahan pasangan ini, mendakwa bahawa pasangan itu bergaduh selepas Sam dikatakan percaya khabar angin tentang isterinya yang tidak setia.

Menurut beberapa laporan, penyanyi pop itu dan suaminya telahpun berpisah. Kata sumber kepada Entertainment Tonight, “Mereka sangat sayang antara satu sama lain tetapi mereka juga banyak bertengkar mengenai isu-isu asas.”

Tambahan lagi, “Kadang-kadang mereka merasakan keperluan dan hak masing-masing tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Sejak kebelakangan ini, keadaan menjadi lebih buruk dan alasan mereka bertambah lebih serius.”

See also
Destinasi Percutian Pada Musim Panas

Britney dan Sam sebelum ini pernah berkongsi inginkan anak bersama. Semasa menceritakan mengenai kontroversinya pada tahun 2021, Britney mendedahkan bahawa dia mempunyai IUD yang menghalangnya daripada hamil. Tidak lama selepas itu mereka bertunang, Britney mengumumkan kehamilannya tetapi malangnya dia keguguran.

Britney Spears dan Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

Sam kemudian bercakap dengan media PEOPLE bahawa dia sentiasa berada di sisi isterinya lagi-lagi apabila rancangan televisyen HULU mengeluarkan dokumentari mengenai kehidupan Britney tanpa kebenarannya.

“Saya tidak mahukan apa-apa tetapi saya mahukan yang terbaik untuk keluarga saya. Dan saya akan terus menyokong impiannya dan mencipta masa depan yang dia mahukan dan layak.”

Tambahannya lagi, “Saya berterima kasih atas semua sokongan peminatnya di seluruh dunia, dan saya sentiasa menantikan masa depan yang normal dan menakjubkan bersama isterinya”.

Britney Spears dan suami ketiganya ini selalu berkongsi momen mereka bersuka ria di media sosial. Pada Disember 2022, mereka meraikan hari lahir Britney. Sam membuat kejutan kepada Britney dengan kek, bunga dan belon. Namun, bukan itu sahaja, mereka juga sering berkongsi foto dari aktiviti bersiar-siar seperti mendaki.

See also
Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana

Perpisahan itu berlaku ketika Britney sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan memoirnya, The Woman in Me yang akan diterbitkan pada keluar 24 Oktober 2023.

Arikel Berkaitan: Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023