Cara Menggayakan Seluar Kargo Untuk Penampilan Bersahaja

6 Cara Mudah Untuk Gayakan Seluar Kargo

Say goodbye to skinny jeans, dan helo seluar kargo! Trend Y2K ini kian menjadi pilihan Gen Z malah fashion houses seperti Prada, Celine mahupun Bottega Veneta turut hadir dengan koleksi helaian ini.

Dengan lebih enam juta tontonan, hashtag #stylingcargos di TikTok, ini membuktikan ada banyak demand untuk orang ramai yang ingin belajar cara menggayakan seluar kargo. Seluar ini bukan seluar yang mudah untuk digayakan bahkan ia sangat selesa dan hip.

Seluar kargo dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan longgar dan membolehkan anda untuk bergerak dengan mudah dan berasa selesa serta sejuk. Malah ia juga hadir dengan poket yang banyak, sememangnya satu kemudahan yang hebat untuk membawa barang keperluan anda.

6 Tips Untuk Bergaya Dengan Seluar Kargo

Seluar kargo bukanlah siluet yang mudah untuk digayakan jika anda kurang berpengetahuan tentang fesyen. Namun, jangan risau GLAM boleh berkongsi dengan anda cara bergaya dengan seluar kargo agar anda nampak standout dan chic.

1. Memadan seluar kargo dengan corset top

Foto: Getty Images

Sifat curve-hugging korset ini mencipta gaya kontras yang cantik dengan seluar kargo. Anda boleh cuba memadankan seluar ini bersama korset atau bustier untuk kombinasi feminin dan maskulin berjaya.

See also
PFW: Apa Yang Hangat Di Dior Spring Summer 2024

2. Padankan dengan t-shirt

Foto: Getty Images

Untuk penampilan yang easy, bersahaja dan mudah suaipadan, kami cadangkan untuk anda padankan seluar dengan t-shirt atau baju panas. Gaya ini nampak vintaj dan simple jika anda padankan dengan t-shirt grafik corak kartun 90-an. Padankan sekali dengan bucket hat seperti Dua Lipa untuk that 90’s look!

3. Seluar kargo dengan blazer

Untuk elevate penampilan agar nampak formal dan lebih sesuai dipakai di pejabat, cuba gayakan seluar kargo anda dengan blazer. Pilih dalam rona mute atau natural seperti beige atau tan dan padankan bersama kemeja putih dan blazer.

Pada masa yang sama, anda juga boleh padankan seluar jenis denim dengan blazer untuk penampilan chic dan matang. Yang penting aksesori pilihan haruslah lebih minimalis dan subtle seperti anting-anting hoops rona emas atau jam tangan.

4. Padankan dengan hoodie

Untuk look kasual, seluar ini dan hoodie adalah padanan sempurna. Padankan pula dengan beg tangan tote dan sniker dalam rona sama, anda pasti kelihatan Gen Z on a day off.

5. Padankan dengan sepatu boot

Untuk penampilan lebih ranggi, cuba masukkan seluar kargo anda dalam sepatu boot yang tebal. Lebih menariknya jika anda padankan seluruh penampilan dalam warna yang sama. Calit gincu merah dan rambut dalam pony tail, ta-daa anda sudah bersedia untuk takluk dunia!

6. Suntik look dengan labuci

Foto: Getty Images

Pada pandangan pertama, labuci mungkin kombinasi yang agak berbeza apabila dipadankan dengan asas harian seperti seluar kargo atau seluar jeans. Sebenarnya kombinasi penampilan ini buatkan anda nampak lebih glam tanpa trying so hard. Untuk nampak lebih kemas, pastikan pilihan top labuci disuaipadan dengan sepatu rona sama. Ini sekaligus buat penampilan lebih cohesive.

Foto: Getty Images

Artikel berkaitan: Benarkah Fesyen Zaman Dahulu Masih Relevan Pada Zaman Kini?