Sol De Janeiro Jenama Penjagaan Badan Kini di Sephora Malaysia
Sol De Janeiro Pilihan Dua Lipa Kini Di Malaysia

Sol De Janeiro Pilihan Dua Lipa Kini Di Malaysia

Jenama penjagaan badan terkenal, Sol De Janeiro kini berada di Sephora Malaysia dan menjadi pilihan Dua Lipa dan Selena Gomez!

Love It, Flaut It, You’ve Got It! Jenama penjagaan badan premium, Sol de Janeiro memasuki pasaran kecantikan di Malaysia menerusi Sephora. Sol de Janeiro ini terinspirasikan Brazillian hadir dengan formula vegan dan bebas daripada bahan berasaskan binatang.

Sol de Janeiro

Jenama ini mula diperkenalkan sekitar tahun 2015 yang diasaskan oleh Hella Yang setelah dia berpindah ke Brazil. Pada permulaanya dia hanya membariskan 3 produk utama termasuklah Brazilian Bum Bum Cream. Krim badan ini mencetus fenomena apabila menduduki carta pertama dalam penjualan produk penjagaan badan. Hingga kini krim ini tetap laris di pasaran.

Brazilian Bum Bum Cream dipanggil sebagai “Boom Boom” menjadi kegemaran selebriti terkenal Selena Gomez dan Dua Lipa. Tahukah anda krim badan ini terjual setiap 14 saat dan menerima lebih 50,000 reviu secara global!

Sol de Janeiro bermaksud ‘Sun of January’ iaitu apabila sinar mentari terik ketika musim panas di Brazil

Terdapat 4 koleksi patut anda tahu kegunaannya dan sebelum membeli. Beli SINI untuk melihat koleksi lengkap Sol de Janeiro

See also
Brighten Up! Tip Oles Gincu Merah Jambu

KOLEKSI BRAZILIAN BUM BUM

Sesuai untuk kegunaan firming tubuh badan. Koleksi ini mempunyai kandungan yang cemerlang seperti guarana iaitu caffeine-rich berry yang hanya di temui di Amazon.

Guarana ini mempunyai 5 kali ganda kafein berbanding kopi asal, malah membantu untuk stimulasikan microcirculation untuk kulit lebih tegang. Minyak badan juga mempunyai Guarana Caffeine + Complex. Koleksi ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Aroma Brazilian Bum Bum paling diperkatakan kerana ia ikonik mengandungi Cheirosa 62 Fragrance iaitu nota wangi Pistachio, Salted Caramel dan Vanilla.

KOLEKSI BOM DIA BRIGHT

Sesuai untuk memiliki kulit licin. Kandungan seperti AHAs, vitamin C dan Salicylic Acid buat kulit bertambah licin. Skrub dan krim badan pula menyerlahkan kulit licin tanpa sebarang breakout!  Aroma untuk Bom Dia Bright adalah Cheirosa 40 Perfume Mist iaitu nota dark fruit dan Creamy Vanilla Woods.

KOLEKSI BEIJA FLOR ELASTIN-CREAM

Buat anda yang ingin meningkatkan kolagen dan kulit lebih anjal! Koleksi ini sesuai kerana ramuannya mengandungi cacay oil sebagai pengganti retinol dan kolagen vegan amino acids. Aromanya pula daripada pilihan ramai, Cheirosa 68 iaitu Brazilian jasmine, pink dragonfruit dan sheer vanilla.

SOL DE JANEIRO HAIR CARE

Jenama ini tidak tinggal rutin penjagaan rambut. Dikuasai dengan teknologi klinikal yang mengawal masalah rambut. Ramuannya diperkaya dengan nutrisi mewah Brazilian untuk mengekalkan rambut kekal sihat dan bersinar.

Artikel berkaitan: 10 Inspirasi Trend Warna Rambut Popular 2023 Untuk Dicuba