Red Flag Dalam Hubungan: Ini Sebab Ada Rumah Tangga Gagal

Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal

Perkahwinan adalah satu ikatan yang menggabungkan dua hati. Semua mahukan hubungan berkekalan selama-lamanya. Namun ada sesetengah rumah tangga gagal kerana red flag dalam hubungan tanpa sedar ini.

Kadang kala pasangan yang sedang dilamun cinta selalunya cenderung untuk tidak menyedari perilaku buruk yang ditunjukkan oleh pasangan kepada diri mereka. Mereka juga tidak boleh berwaspada bahawa hubungan mereka sedang dalam bahaya.

Mungkin anda tidak sedia untuk mendengar kebenarannya tetapi kami senaraikan cara-cara untuk bantu anda untuk mengesan mengapa ada sesetengah rumah tangga gagal.

Apa Itu Red Flag Dalam Hubungan?

red flag dalam hubungan

Foto: Freepik

Red flag dalam hubungan adalah petanda sangat ketara bahawa hubungan yang sedang anda alami menuju ke arah negatif dan toksik. Sayangnya, sesetangah pasangan tidak dapat membezakan jika pasangan mereka mempunyai ciri-ciri red flag atau itu sifat semulajadinya.

Selain itu, rasa sayang dan cinta terhadap pasangan juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak menyedari bahawa hubungan yang sedang dijalankan mempunyai tanda-tanda red flag. Perkara ini bukan sahaja boleh berlaku kepada hubungan yang baru malah hubungan yang lama juga boleh mengalaminya.

Tanda-Tanda Red Flag Dalam Hubungan Suami Isteri

Sekiranya anda tidak pasti jika hubungan anda punyai tanda-tanda ini, semak di bawah:

1. Jujur & percaya mereka

red flag dalam hubungan

Foto: Freepik

Kejujuran dan kepercayaan adalah perkara yang sangat penting bagi setiap perhubungan yang sihat. Sifat ini adalah ciri-ciri yang sangat penting di dalam setiap hubungan jika mahukan hubungan yang berkekalan. Namun, jika anda sedar bahawa pasangan anda merahsiakan sesuatu dari anda berkemungkinan mereka tidak mempercayai anda 100% untuk berkongsi apa yang sedang berlaku.

See also
Celine Dion Batal Konsert Jelajah Disebabkan Masalah Kesihatan Serius

Walaupun sesetengah pembohongan boleh dianggap sebagai perkara yang tidak terlalu besar, anda haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika dapat tahu pasangan anda sering berbohong. Ingat, jika anda tidak mempunyai sifat jujur dan kepercayaan, ini bermakna anda masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan.

2. Kuat melenting

Sifat marah adalah perkara biasa di dalam diri seseorang. Semasa menjalinkan hubungan, sudah pasti ada masanya sifat marah itu dilepaskan kepada pasangan anda.

Apa yang memburukkan keadaan apabila pasangan menunjukkan sifat marah sehingga tahap menumbuk dinding, memecahkan dan mencampak barang. Ini menyebabkan, mereka berpotensi meningkatkan lagi behaviour ini pada masa akan datang.

 

Oleh sebab sifat marah ini boleh menyebabkan penderaan, ia merupakan petanda yang pasti untuk anda segera menamatkan hubungan ini jika kemarahannya mencapai limit. Anda harus sedar perbezaan marah dan abuse kerana ada yang membenarkan pasangan melepaskan rasa amarah itu pada mereka. Ini tidak sihat!

3. Cemburu buta

Cemburu buta juga petanda red flag dalam hubungan dan benar, ia dianggap perkara yang sangat biasa bagi semua perhubungan. Sifat cemburu ini bukanlah perkara yang berbahaya.

Namun jika pasangan anda mula menunjukkan sifat posesif dan mengawal perancangan anda, mengawal dari segi pemakaian, mengawal dengan siapa yang anda bergaul dan juga menjauhkan anda daripada rakan serta ahli keluarganya, ini adalah petanda serius penderaan emosi.

See also
5 Temple Dengan Prasarana Yang Menakjubkan!

Ingat! Cemburu adalah tanda sayang tetapi jika berlebihan ia boleh menyebabkan sesetengah rumah tangga gagal.

4. Abusive

Foto: Pexels

Penderaan dari segi fizikal, emosi dan mental adalah tanda red flag dalam hubungan yang sangat tidak boleh dinafikan di dalam mana-mana hubungan. Penderaan ini tidak boleh diambil mudah bagi semua pihak kerana penderaan boleh merosokkan diri seseorang itu dalam jangka masa panjang.

Akibat kelakuan ini, seseorang yang berhadapan dengan penderaan fizikal,emosi dan mental, mereka boleh menyebabkan PTSD.

Baik lelaki baik perempuan, tiada sesiapa pun berhak menjadi kambing hitam untuk menggunakan seseorang dalam masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri. Perilakuan seperti ini merupakan tindak balas yang tidak boleh diterima oleh mana mana pihak. Jadi jika pasangan anda mempunyai sifat ini, perlulah segera bertindak.

5. Gaslighting

Gaslighting berlaku apabila pasangan memanipulasi anda menggunakan kaedah psikologi untuk mempersoalkan kewarasan atau logik mereka sendiri. Contoh gaslighting adalah perkara yang ditunjukan oleh pasangan anda untuk membuat anda berasa buruk tentang diri dan menghalang kehormatan diri anda.

Gaslighting juga boleh berlaku seperti pasangan anda memanipulasi atau memutarbelitkan keadaan yang membuatkan anda meragui melalui penafian seperti “saya tidak berkata sedemikian” atau pasangan anda menyalahkan diri anda seolah-olah anda ini terlalu sensitif.

Apa Anda Boleh Buat Untuk Ubah Isu Rumah Tangga Ini?

Foto: Unsplash

Tidak semua orang nampak red flag dalam hubungan ini. Benar apa orang kata, kita mahu senang dan susah bersama sehinggakan kita jadi alpa dengan bagaimana diri ini dilayan oleh pasangan.

See also
Tiga Destinasi Percutian Termewah Eropah!

Ini semestinya bukan isu yang mudah untuk dibicara tetapi GLAM ada beberapa cadangan untuk anda cuba sekiranya anda mula sedar anda terlibat dalam hubungan abusive ini:

  • Bercakap dengan secara terbuka bersama pasangan anda tentang red flag dalam hubungan.
  • Menjaga batas dan jelaskan awal tentang perkara baik dan buruk.
  • Stand up for yourself terhadap controlling behavior dan jangan membiarkan pasangan anda memisahkan anda daripada kawan atau ahli keluarga.
  • Luang masa bersama ketika mempunyai peluang dan masa yang sesuai namun pastikan anda melakukan aktiviti yang anda berdua mahu buat, bukan menangkan salah seorang sahaja.
  • Sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata positif jika pasangan anda sedang mencuba sesuatu.
  • Sentiasa menghargai pasangan anda.
  • Menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap pasangan secara fizikal, emosi ataupun kata-kata.
  • Jangan pendam perasaan jika tidak setuju dengan pendapat pasangan tetapi fikir dengan waras terlebih dahulu sebelum menyebut perkara bukan-bukan.
  • Sentiasa selesaikan masalah dengan cepat jika berlakunya konflik.
  • Sentiasa hormat terhadap pasangan.
  • Tidak mengukit kisah lama lagi-lagi tentang kisah cinta. Tetapi alert ya jika pasangan tunjuk tanda-tanda curang.
  • Tidak menengking atau meninggikan suara terhadap pasangan

Foto: Unsplash

Artikel berkaitan : 7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta