Paco Rabanne Tampil Makeup Collection Pertama! - Glam Malaysia

Paco Rabanne Tampil Makeup Collection Pertama!

Paco Rabbane terkenal dengan keluaran fesyen dan wangian ikonik kini melebarkan sayap dengan koleksi solekan pertama

Rabanne Beauty

Untuk koleksi solekan pertama Rabanne Beauty, diinspirasikan oleh warisan fesyen The Maison

Menjelang ulang tahun yang ke-60, Paco Rabanne kini digelar Rabanne! Ia merupakan detik penting buat The Maison sempena meraikan satu dekad jenama itu ditubuhkan dengan luar biasa. Pertukaran nama ini juga menyatukan fesyen dan kecantikan yang membawa kepada gaya hidup yang unik. Turut melalui perubahan adalah identiti visuall dan logo baharu yang lebih berimpak tinggi serta memberi penghormatan kepada legasi avant-garde Monsieur Rabanne. Dengan identiti visual baharu ini, siluetnya lebih minimalis moden.

Rabanne

Menjelang ulang tahun yang ke-60, Paco Rabanne kini digelar Rabanne! Ia merupakan detik penting buat The Maison

Sempena perubahan baharu ini, The Maison juga memberi kejutan  dengan pelancaran koleksi solekan pertama! Rangkaian ini adalah  terobosan formula berprestasi tinggi yang menggabungkan warna yang tidak dijangka dengan kemasan metalik yang diinspirasikan oleh fabrik fesyen. Sebagai perangsang generasi baharu yang punya kreativiti tanpa had.

See also
GLAM Exposé: Seribu Kisah Anak Angkat

Rabanne Beauty

Rabanne Beauty ini juga menampilkan figural agenda Diane Kendal yang dilantik sebagai Pengarah Kreatif Kecantikan Global. Koleksi pertama ini akan didedahkan di pameran SS24 pada bulan September 2023. Untuk koleksi solekan pertama Rabanne Beauty, diinspiraskan oleh warisan fesyen The Maison. Setiap pembungkusannya kemas dalam palet warna emas, logam perak dan elemen cermin.

Artikel berkaitan Eksklusif : Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Paco Rabanne

Setiap produk diilhamkan oleh codes, simbol dan ikon catwalk, termasuk beg ikonik 1969 dan barang kemas pautan XL. Ilham ini  mencipta kepingan yang sangat diingini untuk dikumpulkan oleh Rabanne. Solekan Rabanne ini menyerlahkan mainan warna melalui empat alam semesta yang berani tanpa kompromi. Seperti EYEPHORIA untuk mata ekspresif tanpa henti, ROUGE RABANNE untuk pilihan gincu bibir, NUDES untuk kulit yang cerah, segar dan ARTS FACTORY.