Mawar Rashid Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose
Cara dia mengekalkan keyakinan adalah melalui rutin penjagaan rambut yang rapi walaupun bertudung. Cinta baharunya kini bersama Koleksi Kérastase Symbiose.
Wanita ini sangat berkaliber! Dia juga digelar Superwoman kerana dedikasinya terhadap kerjayanya sebagai seorang usahawan, pelakon dan juga bergelar seorang ibu bukanlah tanggungjawab yang biasa. Masanya sangat padat dengan kerja dan anak tidak menghalang untuk mengekalkan rutin penjagaan rambutnya yang berharga.
Sebagai seorang individu yang memakai tudung, penjagaan kulit kepala buat dirinya adalah amat penting. Baru-baru ini, Mawar berkongsi rahsianya untuk mengekalkan rambut bersinar dan bebas kelemumur. Koleksi Kérastase Symbiose kini telah menjadi sebahagian penting buat dirinya. Barisan penjagaan rambut yang berevolusi ini mampu mengekalkan rutin kecantikannya mengikut istilah tersendiri.
Artikel berkaitan Anna Jobling Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose
Kembara baharu Mawar bermula dengan Kérastase Symbiose Micro-Exfoliating Cellular Treatment sebagai pra-syampu yang lembut namun berkuasa. Ia direka untuk menghilangkan serpihan kulit kepala kotor dan minyak yang tidak diingini walaupun sebelum mandi. Diikuti dengan syampu Moisturizing Anti-Dandruff Cellular yang bertindak untuk melegakan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur dengan berkesan. Barulah, Mawar boleh tampil yakin dan selesa sepanjang hari. Kini, dengan barisan rutin baharunya bersama Kérastase Symbiose buat rambutnya sentiasa segar, bersih tanpa cela.
Mawar berkongsi rahsianya untuk mengekalkan rambut bersinar dan bebas kelemumur. Koleksi Kérastase Symbiose kini telah menjadi sebahagian penting buat dirinya
Untuk meningkatkan keberkesanan rutin anti-kelemumurnya, Mawar lengkapkan pula bersama Kérastase Symbiose Anti-Dandruff Night Serum. Rawatan inovatif ini terus mengekalkan penghalang kulit kepala dan meningkatkan pembaharuan selular lebih masa. Pada waktu malam adalah masa yang sesuai untuk merawat rambutnya.
Kunjungi laman rasmi Kérastase secara dalam talian di Lazmall, Lazada untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan di salun dandanan rambut sah Kérastase untuk anda beli-belah keseluruhan koleksi Symbiose baharu ini.