Capai Rona Rambut Trend 2023 Ala Yaya Zahir - Glam Malaysia

Capai Rona Rambut Trend 2023 Ala Yaya Zahir

Masih tercari-cari rona rambut manakah yang ingin dicuba kali ini untuk penampilan diri yang lebih segar? GLAM cadangkan rona rambut ilham Yaya Zahir juga Eyka Farhana sebagai rona pilihan musim ini!

Seperti yang semua tahu, untuk tahun 2023, dunia kecantikan telah memutuskan trend rona rambut untuk tahun ini adalah daripada pilihan rona yang subtle dan low-maintenance. Maka dengan itu pilihannya adalah daripada kumpulan gelap seperti bronze, cinnamon spice, dan ash brown. Kali ini, penata gaya rambut meramalkan peminat kecantikan akan lebih ingin menyerlahkan lagi rona rambut natural mereka berbanding dengan rona-rona terang atau penuh statement.

Yaya Zahir

Gambar: Yaya Zahir

Begitu juga di Malaysia, kelihatan ramai selebriti yang memilih untuk menggayakan rona rambut yang tidak keterlaluan. Antaranya seperti Eyka Farhana yang kini tampil berambut pendek paras bahu berona ala copper, Jane Chuck pula tampil dengan rambut panjang signaturnya berona ginger spice. Yaya Zahir pula baru-baru ini tampil pertama kali di majlis umum selepas berpantang dengan rona rambut yang lebih segar ala-ala reddish brown.

Yaya Zahir

Gambar: Eyka Farhana

See also
Siapakah Wanita Paling Cantik Di Dunia?

Tidak semestinya perlu tampil dengan rona terang hanya untuk kelihatan lain daripada yang lain. Pernah saya sekian lama tampil dengan rambut asli (tanpa sebarang pewarna), mula ingin tampil lain daripada yang lain. Lalu, saya memilih untuk mewarnakan rambut kepada rona merah jambu. Jadinya, proses yang harus dilalui memakan masa hampir 12 jam. Di mana saya harus melalui proses meluntur rambut sebanyak dua kali untuk mendapatkan warna yang diinginkan. Namun setelah beberapa minggu, rambut baharu mulai tumbuh. Ketika itu, mulalah proses untuk maintenance bermula. Buat saya yang sibuk dengan kerja harian tidak dapat meluangkan masa di salon semata-mata untuk melalui semula proses mewarna dan meluntur.

Yaya Zahir

Gambar: Jane Chuck

Tidak perlu melalui lagi proses renyah ini, saya juga bersyukur dan teruja apabila pakar pewarna rambut turut mempersetujui bahawa tahun ini ramai yang akan memilih untuk mengekalkan warna natural dengan sedikit sentuhan rona tambahan yang tidak keterlaluan untuk tampil segar. Anda boleh cedok rona rambut Yaya Zahir! Namun, nasihat kami di GLAM, walaupun anda ingin mewarna rambut tanpa menggunakan sebarang peluntur, pastikan anda melakukannya di salon atau dapatkan nasihat daripada pakar ya!

See also
Gaya Rambut 'Bangs' Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini

 

Pautan Berkaitan: GLAM Persona: Calling For Yaya Zahir