Sejarah Hitam Tiga Permata Milik Monarki Britain
Istiadat pertabalan yang berlangsung 6 Mei lalu menyaksikan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menggayakan beberapa mahkota permata Diraja.
Walaupun perhiasan kebesaran Diraja itu amat mempesona, beberapa permata mewah yang menghiasi mahkota tersebut mewakili sejarah hitam imperialisme Empayar British. Kini, monarki yang baru ditabal menjadi Raja berdepan desakan untuk menghantar pulang ‘khazanah’ itu kepada negara asal.
Menjelang pertabalan Raja Charles, Istana Buckingham memberi jaminan bahawa Permaisuri Camilla tidak akan memakai berlian Koh-i-noor penuh kontroversi pada hari bersejarah itu. Sebaliknya dia menggayakan berlian Cullinan, koleksi permata yang dikaitkan dengan sejarah kolonial Britain di Afrika Selatan. Tidak lupa juga sebentuk lagi permata kontroversi, berlian Lahore. Buat kebanyakan orang yang negaranya pernah dijajah Britain, berlian-berlian ini termasuk mahkota permata Diraja adalah peringatan kepada eksploitasi sejarah yang menyakitkan.
Ayuh selami sejarah hitam di sebalik mahkota permata Diraja Britain.