5 Gaya Tatarias Kuku Menarik Untuk Digayakan di Pagi Raya! - Glam Malaysia

5 Gaya Tatarias Kuku Menarik Untuk Digayakan di Pagi Raya!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Baju sudah, kasut sudah, rambut pun sudah, bagaimana pula dengan tatarias kuku? Buat anda yang terlupa memikirkan perihal ini, ayuh GLAM kongsi 5 nail arts terbaik untuk anda gayakan.

Penjagaan kuku ini sama pentingnya seperti menjaga bahagian tubuh yang lain. Haruslah sentiasa bersih dan terjaga. Jika tidak diwarnakan sekalipun, kuku mesti kelihatan kemas agar yang memandangnya pun tidaklah berasa ragu-ragu dengan kebersihan anda ini. Bayangkan jika kuku kering dan kotor kehitaman, kami yang ingin bersalam Raya pun jadi tidak keruan.

Pelbagai gaya kuku yang tidak keterlaluan untuk anda gayakan di pagi Raya. Buat anda yang mahukan sedikit kelainan, anda boleh pilih solusi dengan mewarnakan kuku menggunakan pewarna kuku sedia ada (jika anda tidak sempat untuk menempah slot waktu di salon kuku waktu-waktu begini). Tidak perlu menggayakan kuku secara berlebihan sepertimana penata gaya kuku popular sering gayakan. Buat yang masih buntu, GLAM kongsikan bersama anda 5 gaya tatarias kuku menarik boleh anda cuba untuk melengkapkan lagi look pagi Raya anda nanti!

See also
Spray Tangan Pencegah Coronavirus

5 Gaya Tatarias Kuku Raya Pilihan GLAM!

#Tona Biru

Tidak semestinya anda menggayakan satu gaya warna kuku yang membosankan. Apa kata bermain sedikit dengan ilustrasi mudah seperti tatarias kuku di bawah ini. Ambil dua tiga kuku dan lukiskan sedikit berbeza daripada yang lain.

Tatarias Kuku

Gambar: Pinterest