Jom Balik Kampung Dengan Selamat Raya Ini
Setiap kali tibanya musim perayaan, kita pasti akan teringatkan memori balik kampung yang mengimbau nostalgia Aidilfitri bersama seisi keluarga.
Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah merancang perjalanan balik kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama seisi keluarga. Dan kali ini, Volvo Car Malaysia mahu pemandu untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat bersama kempen keselamatan “For Life” – apabila anda berasa selamat, anda benar-benar berasa bebas.
Aidilfitri adalah sebuah perayaan yang akan memberikan keseronokan, kebahagiaan dan masa berkualiti bersama keluarga. Perjalanan pulang ke kampung akan mengimbau kembali nostalgia yang pasti memberikan senyuman kepada semua. Tetapi, memori ini juga akan mengingatkan kita kepada sisi keselamatan pemanduan agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Ketenangan Minda Ketika Memandu
Seperti pesan datuk dan nenek yang selalu menasihatkan kita untuk pulang ke rumah sebelum jam 7 malam, memori ini juga boleh diadaptasikan kepada pemanduan kita. Apabila matahari mula terbenam, pemandu memerlukan fokus yang lebih untuk meneruskan perjalanan. Adakalanya lebuhraya tidak mempunyai lampu jalan, dan keselamatan kereta tidak memadai untuk memastikan keselamatan maksima. Pemandu juga memerlukan rehat dan ketenangan minda yang memainkan aspek utama ketika memandu nanti.
Keselamatan Kereta Yang Terbaik
Ketika kecil dahulu, ibu bapa kita selalu menasihatkan untuk tidak bercakapa atau mengambil duit raya daripada orang yang tidak dikenali. Ini boleh diterjemahkan kepada kepercayaan kepada tahap keselamatan kereta yang dipilih untuk pulang ke kampung. Selain memastikan kereta sudah diservis terlebih dahulu, perjalanan yang jauh juga memerlukan kereta yang dapat memberikan keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang. Dengan ini, perjalanan balik kampung akan lebih menyeronokan bersama seisi keluarga.
Keseronokan Hari Raya Di Kampung Halaman
Beraya di kampung halaman adalah saat yang dinanti-nantikan semua saban tahun. Pelbagai memori tercipta dengan melakukan persediaan bersama keluarga seperti memasak dan mengemas rumah. Selain dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, keronokan beraya juga cukup dirasai oleh kanak-kanak. Antara aktivit malam raya yang menyeronokan sudah tentu bermain mercun. Tetapi, pastikan terdapat juga golongan dewasa jika berlaku sesuatu yang tidak diingini nanti. Dengan itu, kita dapat meraikan Hari Raya dengan penuh ketenangan dan selamat.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen “For Life”, sila layari www.volvocars.com/my
Foto: Volvo Car Malaysia
Bcaa lebih lanjut: Apakah Makna Baharu Kepada ‘Keselamatan’ Dalam Dunia Automotif?