Use your ← → (arrow) keys to browse
Konsep berpakaian secara sustainability menjadi tidak asing lagi. Kenali jenama-jenama fesyen dari Malaysia yang mengamalkan konsep mesra alam ini.
Sebenarnya, industri fast-fashion merupakan antara penyumbang utama kepada perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar. Demi keuntungan perniagaan dan juga penghasilan pakaian yang mengikut trend semata-mata, banyak jenama yang tidak menghiraukan dengan kesan buruk terhadap alam sekitar. Namun, terdapat juga label pakaian yang mengamalkan konsep sustainability dalam penghasilan pakaian jenama mereka!
Sustainability merupakan konsep yang memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, penjagaan alam sekitar dan kesejateraan sosial. Ia dapat memenuhi keperluan generasi semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Kini, jenama fesyen dari Malaysia juga turut sertai dalam penghasilan produk yang mesra alam.
Ini Jenama Lokal Yang Mengekalkan Konsep Sustainability
1) FERN
Fern merupakan label pakaian dari Malaysia dengan meraikan semula keanggunan estetik reka bentuk seni fabrik Batik. Jenama ini mencipta pakaian peranginan gaya hidup mewah yang elegan. Dengan menggunakan bahan terbaik dan semula jadi, pembuatan batik mereka adalah handmade. FERN terkenal dalam menggabungkan teknik pembuatan fabrik tradisional dengan corak dan reka bentuk yang kotemporari.