Use your ← → (arrow) keys to browse
Bill Gates dan Melinda French mengejutkan dunia apabila mengumumkan perceraian pada Mei 2021 setelah hampir tiga dekad melayari bahtera rumah tangga.
Selepas setahun, satu sumber mendedahkan bahawa Melinda telah pun kembali bercinta dengan Jon Du Pre, bekas wartawan Fox News yang sekarang ini bergelar pakar komunikasi. Kini, Bill pula dilaporkan telah menemui cinta baharu.
Individu keenam terkaya dunia itu dikhabarkan sedang menjalin hubungan romantis dengan Paula Hurd, balu kepada ketua pegawai eksekutif syarikat perisian Oracle, Mark Hurd.
Kelibat mereka dirakam ketika menonton perlawanan tenis di Terbuka Australia bulan lalu, bagaimanapun menurut sumber pasangan itu telah bercinta selama lebih setahun.