Pachinko, Prehistoric Planet dan The Morning Show Di Apple TV+! - Glam Malaysia
Apple TV+

Pachinko, Prehistoric Planet dan The Morning Show Di Apple TV+!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Luangkan masa berkualiti anda bersama keluarga dan orang tersayang dengan menonton drama siri terbaru di Apple TV+!

Berita baik buat para pelanggan Apple TV+! Tiga tayangan baru yang boleh ditonton ketika di rumah ataupun hanya menerusi telefon bimbit anda. Terdapat drama-drama yang boleh ditonton bersama keluarga atau berseorangan ketika cuti hujung minggu. Apple TV+ telah membawa masuk drama dari Korea hingga lah ke Amerika Syarikat buat penggemar drama di Apple TV+. Jika anda peminat zaman prasejarah atau dunia dinasour, Prehistoric Planet adalah siri terbaru yang boleh ditonton bersama anak-anak anda di rumah!

3 Tayangan baru Di Apple TV+. Jom Lihat!

1) Pachinko

Apple TV+

Foto: Apple

Buat peminat K-Drama, Apple TV+ telah menayangkan drama Pachinko, yang memenangi anugerah Siri Bahasa Asing Terbaik daripada Aungerah Pilihan Pengkritik Tahunan ke-28. Pachinko yang bertemakan keluarga, cinta, kejayaan, nasib dan ketabahan, siri ini mengisahkan harapan dan impian keluarga pendatang Korea merentasi empat generasi. Mereka meninggalkan tanah air mereka dalam usaha gigih untuk terus hidup dan berkembang maju.

See also
Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Ditulis dan diterbitkan oleh Soo Hugh, drama bersiri ini dibintangi oleh Kim Minha, Lee Minho, dan juga pemenang Anugerah Akademi Yuh-Jung Youn.