Use your ← → (arrow) keys to browse
Beri pengaruh hebat, selebriti Korea memberi impak besar pada Minggu Fesyen Paris yang berlangsung baru-baru ini.
Minggu Fesyen Paris telah menjadi tumpuan ramai dengan banyak rekaan genius dan fresh oleh brand-brand terkemuka seperti Dior, Givenchy, Loewe, Louis Vuitton dan banyak lagi. Namun begitu, selebriti jemputan juga turut menjadi topik hangat dalam pentas peragaan Minggu Fesyen Paris. Bintang-bintang A-listed Korea antara yang menjadi jemputan kerana pengaruh mereka yang cukup besar dalam dunia fesyen.
Selebriti Korea Mengambil Alih Minggu Fesyen Paris!
1) Jimin dan J-Hope BTS, Dior Homme Men FW23
Foto: Tatler Asia
Penyanyi BTS, Jimin telah dinamakan sebagai duta baru Dior. Jimin hadir ke pentas peragaan Dior dengan suit yang direka oleh pengarah kreatif, Kim Jones. Tidak cukup sorang, Dior turut menjemput ahli kumpulannya, J-hope dimana kemunculan mereka berdua telah memikat ramai paparazi untuk memotret gambar mereka.