7 Gaya Unik Doja Cat Di Minggu Fesyen Paris - Glam Malaysia
7 Gaya Unik Dan Berani Doja Cat Di Minggu Fesyen Paris

7 Gaya Unik Doja Cat Di Minggu Fesyen Paris

Penyanyi, penerbit dan penulis lagu, Doja Cat, menjadi bualan hangat apabila dia menggayakan fesyen yang luar biasa ketika Minggu Fesyen Paris.

Minggu Fesyen Paris 2023 telah berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran ramai selebriti Hollywood seperti Doja Cat, Kylie Jenner, Jimin BTS, Anya Taylor Joy dan ramai lagi sebagai selebriti jemputan bagi rumah fesyen ketika Minggu Fesyen Paris.

Doja Cat atau nama sebenarnya, Amala Ratna telah menjadi bualan hangat di media sosial kerana menggayakan busana-busana pelik dan unik ketika Minggu Fesyen Paris baru-baru ini.

Lihat Gaya Unik Doja Cat

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Schiaparelli Haute Couture SS23

Doja Cat

Foto: CNN, Vogue

Doja Cat merupakan antara selebriti yang hadir sebagai jemputan front row di pentas peragaan fesyen Schiaparelli Haute Couture SS23 di Paris. Doja Cat disalut dengan 30,000 batu kristal Swarovski merah. Jurusolek mengambil masa selama 4 jam 58 minit untuk menampal batu-batu ini dan kemudian dipadankan dengan busana daripada koleksi terbaru yang direka oleh pengarah kreatif Schiaparelli, Daniel Roseberry. Diinspirasikan daripada Dante’s Inferno, look ini melambangkan Doja seperti baru merangkak keluar dari neraka untuk mengingatkan betapa hebat penampilan fesyennya.

See also
Benarkah Fesyen Zaman Dahulu Masih Relevan Pada Zaman Kini?