Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton - Glam Malaysia
Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton

Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENDEKATI HARI KEKASIH SAATNYA MENCARI HADIAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA ORANG-ORANG TERSAYANG. BUKTIKAN RASA CINTA DAN SAYANG PADA YANG TERKASIH DENGAN MEMBERI HADIAH ISTIMEWA. GLAM BERKONGSI BEBERAPA INSPIRASI HADIAH DARI LOUIS VUITTON UNTUK PASANGAN ANDA.

Saya cinta kamu! Selain menitip kata-kata cinta kepada orang yang tersayang, opsyen lain untuk menunjukkan kasih sayang adalah dengan pemberian hadiah. Acara keluar makan malam pada tanggal 14 Februari menjadi lebih bermakna dengan menghadiahi pasangan dengan produk idaman. 

Bagi meyenangkan anda, Louis Vuitton mengumpulkan koleksi hadiah yang cukup istimewa untuk pasangan yang bercita rasa. Idea hadiah dari Louis Vuitton merangkumi koleksi pakaian mewah, kasut, beg tangan dan aksesori kulit. Turut mencadangkan haruman sebagai produk khas mengingati cinta seseorang. 

Satu cara untuk menyatakan cinta mu yang tulus adalah dengan pemberian barang berharga atau jambangan bunga yang kekal selamanya? Koleksi barang kemas Blossom memberi penghormatan kepada reka bentuk yang indah dan ketukangan klasik yang mengilhami Monogram Flower yang ikonik lagi mewah, manakala koleksi jam tangan pula menyemat seni reka pengembaraan dan kreativiti moden Louis Vuitton. 

See also
Beyoncé, Jay-Z dan Blue Ivy Welcomes Twins!

Khas untuk pembaca GLAM, kami himpunkan lima bingkisan Louis Vuitton yang lengkap untuk kesayangan anda. Mungkin dapat memberikan warna baru dalam hubungan anda. 

POP MY HEART POUCH

Sebahagian daripada koleksi indah Bubblegram, yang mana pouch Pop My Heart merupakan rekaan dedikasi Hari Kekasih. Diperbuat daripada kulit anak lembu yang lembut lagi menawan. Hadir dalam saiz mini, membolehkan para wanita membawanya dengan cukup bersahaja. Permukaan beg diperindahkan lagi dengan cetakan monogram yang ikonik.

ALMA BB

Beg tangan ALMA BB pasti sahaja menggembirakan pasanganmu jika menerimanya untuk hadiah Hari Kekasih. Mana-mana wanita yang menerimanya tentu terus jatuh hati! Butiran yang terdapat pada ALMA BB memberikan kesan anggun yang abadi. Rekaan ini diperbuat daripada material kanvas Monogram. Dilengkapi dengan tali yang boleh ditanggalkan, beg kecil yang menawan ini sesuai untuk dipakai dengan pelbagai gaya kesukaan. 

PEMEGANG KAD ROMY

Hari Kekasih

Mungkin sahaja untuk tidak kelihatan berlebihan, hadiahkan pasanganmu dengan koleksi pemegang kad Romy. Versi pemegang kad Romy ini ditawarkan dalam material kulit Monogram Empreinte. Warna pastel memberikan kesan feminin yang tegas lagi chic. Lingkaran LV dalam logam kemasan emas membuatkan aksesori kecil ini bertambah menawan. Hadiah istimewa untuk orang paling istimewa. 

See also
Seks Ketika Hamil : Bagaimana Ia Membantu Proses Kelahiran?