Bag of The Month: DIOR The Lady 95.22 - Glam Malaysia
Bag of The Month: DIOR The Lady 95.22

Bag of The Month: DIOR The Lady 95.22

DIOR MENDIDIK PEMINAT BEG BAHAWA TEKSTIL, KETUKANGAN YANG CERMAT DAN TEKSTUR ADALAH ASAS UNTUK PENCIPTAAN BEG TANGAN YANG BERNILAI TINGGI. UNTUK MUSIM INI, DIOR PERKENALKAN THE LADY 95.22 KHUSUS PARA PECINTA DIOR YANG GEMAR BERGAYA KLASIK LAGI KEKINIAN.

Saban musim, Dior seakan ingin terus memberi kejutan kepada para pecinta Dior. Memahami kepada kehendak pasaran semasa, Dior memunculkan satu lagi beg tangan baharu sebagai fokus untuk musim bunga 2023. Rekaan beg tangan untuk keperluan fesyenista yang terkadang ingin memadukan gaya elegan dan sporty dengan ciri khas Dior seutuhnya. 

Dipentaskan sewaktu pertunjukan musim luruh/sejuk 2023 Dior, beg Lady 95.22 melawat semula warisan unik Dior dengan sentuhan moden. Satu inovatif yang menghubungkan antara masa lalu dan sekarang, lalu mencipta semula barisan Lady Dior. Nama beg ini terwujud melalui gabungan tahun penciptaannya, yakni pada tahun 1995 dan yang terkini tahun 2022. 

Estetika pada beg ini mengilhami beragam bentuk, dimensi, permainan struktur yang inovatif. Dan yang pasti menepati cita rasa si penggemar fesyen klasik. Kerana hadir dalam tiga warna klasik iaitu hitam, putih dan krim. Dan tiga saiz yang berbeza mengikut pilihan tersendiri.

See also
Kempen Istimewa Zadig & Voltaire Dibintangi Bella dan Anwar Hadid

Siluet ultra-moden, melengkung halus, menjadikannya statement baharu, memberi jaminan penampilan yang berani dan berinovasi. Karya oleh pasukan atelier Dior yang mahir, menggabungkan lambanf ‘macrocannage’ dengan corak grafik ‘maxicannage’ yang baharu, meningkatkan lagi nilai seni beg. 

Rekaan beg diperindahkan lagi dengan pertukangan yang halus, yang mana kedua-dua pemegang beg dibaluti kulit dan logam, turut dihiasi gantungan “Dior”, memberikan nuansa feminin. 

Beg ini menjadi simbol perpaduan antara kesan elegan dan klasik dengan permainan kulit yang memesona. Penggelaran gaya yang sesuai untuk penampilan daywear atau nightwear. You choose. 

Artikel berkaitan: 8 Idea Hadiah dari Dior untuk Yang Terkasih