Banyak produk penjagaan kulit wajah atau tubuh badan saat ini yang mengandungi charcoal atau arang. Ternyata sisa kayu yang dibakar ini mengandungi banyak kebaikan untuk kulit wajah. Ini kenapa anda perlu memilih pupur arang sebagai rutin penjagaan wajah.
Sebagai Agen Detoksifikasi Kulit
Arang aktif adalah jenis arang yang telah dipanaskan dapat melindungi kulit wajah daripada terdedah dengan pencemaran udara. Arang juga digunakan dalam proses penyerapan minyak yang tidak diperlukan pada permukaan kulit wajah dan mengecilkan pori wajah.
Sebagai Penarik Toksin Badan dan Wajah
Dalam badan manusia mempunyai unsur baik dan jahat. Arang dikatakan dapat menarik toksin jahat, bakteria, bahan kimia atau kotoran dengan mudah. Oleh itu, arang yang dileburkan sehingga hancur dan lumat akan dijadikan masker wajah kerana boleh menyerap kotoran dengan mudah, sekata.
Mengatasi Masalah Kulit Kusam
Tahukah anda, sebenarnya wajah anda telah terdedah lama dengan pencemaran udara seperti debu motor, kotoran jalanan, radiasi ultraviolet dan sebagainya. Oleh itu, kulit akan semakin kusam dan tidak bermaya! Walaupun anda sembur mist wajah setiap masa, itu tidak mencukupi! Pupur yang berasaskan arang ini akan melegakan dan menyegarkan kulit wajah.
Menurut kajian, sebanyak 60% pupur arang wajah ini akan mengurangkan kedutan wajah dengan hanya melepaskan ketegangan wajah secara urutan. Prosedur ini akan meningkatkan sirkulasi darah.