Use your ← → (arrow) keys to browse
Pereka fesyen tersohor, Dame Vivienne Westwood dilaporkan menyerah empayar perniagaan bernilai ratusan juta ringgit kepada dua individu penting dalam hidupnya.
Beberapa hari sebelum kematiannya pada 29 Disember lalu, Vivienne menyerahkan pengurusan syarikat pakaian miliknya kepada suami ketiga, Andreas Kronthaler dan rakan baiknya yang juga merupakan pereka fesyen terkenal, Jeff Banks.
Jeff, 79, kini merupakan pengarah Vivienne Westwood Ltd, menurut satu dokumen yang diserahkan kepada Companies House pada 22 Disember. Syarikat itu memiliki tunai dan aset melebihi RM265 juta.
Pada hari sama, Andreas yang berusia 56 tahun dilantik sebagai pengarah dan setiausaha perniagaan hartanah isterinya bernilai RM96 juta.