5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama - Glam Malaysia
5 Item Wajib Miliki Daripada LV x Yayoi Kusama

5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama

SELEPAS 10 TAHUN, LOUIS VUITTON MENJEMPUT KEMBALI YAYOI KUSAMA BUAT MENGHASILKAN SATU KOLABORASI YANG LENGKAP DARIPADA CERAIAN PAKAIAN, AKSESORI SEHINGGA WANGIAN; SEMUANYA DISERIKAN DENGAN CORAK POLKA DOT IKONIKNYA!

Pertama kali koleksi Louis Vuitton x Yayoi Kusama terkini dipersembahkan pada pertunjukan fesyen pra-musim bunga 2023 yang berlangsung di San Diego lantas terus mencipta khabar yang gembira buat kedua-dua peminat entiti seni ini. Corak polka dot yang yang paling popular oleh Kusama adalah Painted Dot. Ia adalah corak titik yang dalam rona-ronga indah sebagai asas penting kepada koleksi Louis Vuitton x Yayoi Kusama.

louis vuitton yayoi kusama

Motif ini menggunakan teknik serigrafi dan dicetak pada material kulit dan kanvas milik Louis Vuitton. Corak girang ini merajai hampir semua item seperti atas beg putih Capucines yang memberi karakter lebih muda. Tidak hanya terhenti pada rona-rona pelangi, corak polka Painted Dot ini hadir dalam sorakan rona monogram hitam, putih, perak dan kelabu. Ia digunakan pada bekas wangian L’lmmensite, dimana botol dan kotak dalam polka dot hitam, perak dan putih.

See also
Vivienne Travellers, Pusing Dunia Beri Penghargaan!

louis vuitton yayoi kusama

Cakerawala Kusama tidak pernah terhenti. Satu lagi corak ikoniknya Infinity Dots juga menjadi esen penting koleksi penuh seni ini. Paduan corak bulat dalam dua rona seperti kuning berlawan hitam, atau merah berbalas putih mencipta kisah yang berpanjangan. “Keinginan saya adalah untuk mengukur dan meramal kisah alam yang infiniti ini serta tidak terbatas juga kedudukan saya dalam titiknya,” ujar Kusama dalam buku autobiografinya bertajuk, Infinity Net.

Corak ini mula mendapat perhatian pada dekad 60-an dan Kusama dilabelkan sebagai Princess of Polka Dots. Pada era ini juga Kusama memperkenalkan Metal Dots, daripada motif seninya yang dipertontonkan pada 1966. Maka, ia membuahkan idea dengan menggunakan perincian metal pada beg Cannes dan Capucines. Alam Yayoi Kusama adalah satu fantasi yang memberikan rasa girang pada peminatnya. Ia adalah satu perjalanan seni yang tidak terbatas dan Louis Vuitton terus mahu menyelusuri dunia indah Yayoi Kusama.

LIMA ITEM WAJIB MILIKI PILIHAN GLAM

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

louis vuitton yayoi kusama