Pelakon cantik yang berhasil mencuri perhatian melakonkan karakter Cassie Howard melalui siri hit Euphoria, Sydney Sweeney, terpilih menjadi antara selebriti paling stylish 2022. Sydney juga antara pelakon muda paling berbakat dan relevan pada masa sekarang, juga menampilkan inspirasi gaya yang pelbagai. Imej ‘all-American girls’ dan berambut perang berkepuk diserlahkan dengan ragam stail yang diingati seperti di MET GALA 2022-memakai gaun putih Tory Burch, mini skirt Miu Miu di Anugerah MTV juga after-party Oscars. Kami tak sabar untuk melihat gaya lain yang bakal Sydney tampilkan pada tahun akan datang. She is unpredictable.