Hadiah Merai Akhir Tahun, 8 Aksesori Dari Kempen GUCCI Gift 2022 Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Hadiah Merai Akhir Tahun, 10 Aksesori Dari Kempen GUCCI Gift 2022 Pilihan GLAM

Hadiah Merai Akhir Tahun, 8 Aksesori Dari Kempen GUCCI Gift 2022 Pilihan GLAM

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

BERSEDIAKAH ANDA MERAI TAHUN BARU? DAN TENTU SAHAJA SEBELUM MELANGKAH KE TAHUN BARU, ACARA AKHIR TAHUN PADAT DENGAN AKTIVITI BERCUTI. SEMAK PRODUK ILHAM GUCCI GIFT 2022. HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI ATAU YANG TERSAYANG. RAYAKAN AKHIR TAHUN DENGAN KEMPEN ISTIMEWA GUCCI GIFT 2022 BERTEMAKAN MUSIM PERAYAAN.

Kempen Gucci Gift 2022 mengambil inspirasi daripada dunia kembara, yang turut memberi penghormatan kepada sejarah permulaan dan warisan seni Gucci. Di bawah langit musim sejuk yang diterangi sinar bintang, menyaksikan kumpulan individu bergesa ingin menaiki kereta api dalam menuju destinasi pilihan. 

Setiap penumpang dalam perjalanan yang menjangkau imaginasi, diwarnai dengan sifat saling menghargai, yang mana mengisahkan suatu cereka terpaling indah. Mengambil ilham dari pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele, visual pula ditangkap oleh Carlijin Jacobs dan filem yang dirakam oleh Jordan Hemingway. Paduan kreatif yang menghasilkan sebuah karya terhebat. 

Troli, selimut dan bagasi baju pelbagai bentuk, saiz dan fungsi untuk membawa semua keperluan menjadi taruhan utama, menceritakan visi fantasi Gucci mengenai kembara, manakala perincian seperti renda, ruffles, baldu dan labuci semuanya menambah seri gaya kala musim perayaan. 

See also
Tatahan Berlian Wanita Minimal Oleh Goldheart

Beg ikonik Gucci dipadankan untuk melengkapi gaya perayaan, dipamerkan dalam palet ‘tone-on-tone’, bersaiz sederhana, balutan kulit mewah, dan dengan motif optik. Terlihat juga penumpang mempamerkan barang kemas dan jam tangan sewaktu mengembara dalam suite yang dihiasi dengan produk istimewa daripada koleksi Gucci Décor. 

Musim perayaan sudah tiba. Tidak salahnya jika anda merayakan sudah mula mempersiapkan penampilan untuk momen yang paling ditunggu-tunggu ini. Untuk menunjangi perayaan ini, tentu anda sebagai pencinta fesyen harus tetap tampil stylish dan up to date. 

Aksesori GUCCI Gift 2022 Pilihan GLAM, Semak Halaman Sebelah

Semak aksesori dari kempen Gucci Gift 2022, yang boleh dimiliki sebagai pelengkap gaya musim percutian. Atau dijadikan idea bingkisan buat teman-teman atau yang tersayang. Apakah aksesori pilihan GLAM?

  1. BEG TANGAN BERANTAI