Use your ← → (arrow) keys to browse
Will Smith dilihat telah bersedia untuk pelancaran filem terbaharunya, Emancipation selepas membuka tahun 2022 dengan kontroversi.
Mac lalu, Will mencetuskan kejutan apabila menampar Chris Rock di pentas Oscar kerana menyamakan kepala Jada Pinkett Smith yang botak dengan watak lakonan Demi Moore dalam filem perang, G.I. Jane.
Umum mengetahui isterinya telah bertahun-tahun menghidap alopecia, penyakit autoimun yang menyebabkan keguguran rambut teruk dan sering berkongsi mengenainya di media sosial.
Walaupun Emancipation dilaporkan menghadapi kelewatan disebabkan skandal Oscar, filem itu kini dijadualkan menemui penonton tidak lama lagi dan Will telah pun memulakan siri jelajah untuk mempromosikan filem tersebut.