Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Kanye West mengumumkan dia akan terus mara dalam pilihan raya seterusnya.
Kanye mengesahkan penyertaannya dalam pilihan raya 2024 kepada paparazi pada hujung minggu lalu, menurut Consequence of Sound.
“Ya. Ia mudah sahaja. Kita sedang bergerak menuju ke masa depan,” katanya ketika ditanya adakah dia akan bertanding sebagai calon presiden.
Dia menambah, tokoh politik kanan Milo Yiannopoulos sedang mengusahakan kempen itu di bawah arahannya. Milo yang merupakan bekas editor kanan Breitbart bekerja sebagai pelatih untuk anggota kongres Republikan, Marjorie Taylor Greene baru-baru ini.