“Food is Love”, Michael Kors Terus Beramal - Glam Malaysia
“Food is Love”, Michael Kors Terus Beramal

“Food is Love”, Michael Kors Terus Beramal

MICHAEL KORS ANJURKAN KEMPEN WATCH HUNGER STOP 2022. MENAMPILKAN BARISAN PEMPENGARUH BERSAMA DUA REKAAN BEG EDISI KHAS, DENGAN HASIL JUALAN AKAN DISALURKAN KEPADA PROGRAM UNITED NATIONS WORLD FOOD. 

Michael Kors telah melancarkan kempen Watch Hunger Stop 2022 sebagai bantuan program United Nations World Food, yang menampilkan Olivia Culpo dan beberapa pempengaruh global yang membawa dua rekaan beg yang direka dengan kerjasama artis Bonny Guo, juga dikenali sebagai NYSometimes. 

Kempen tahunan tahun ini menjemput individu lain termasuk Lady Amelia Spencer, Lady Eliza Spencer dan Olivia Culpo yang secara tak langsung dinamakan sebagai duta untuk Watch Hunger Stop 2022. Turut ditampilkan ialah Ki Eun-Se dari Korea Selatan, Fei Weng dan beberapa lagi. 

Bertajuk “Love Makes the World Go Round”, kempen digital tahun ini merakam wajah dan kisah rakan jenama Michael Kors dari seluruh dunia untuk membantu memperkasakan misi perkongsian untuk menamatkan kelaparan dunia dan menyebarkan mesej bahawa “Food is Love”. 

Kors bekerjasama dengan NYSometimes, artis yang sangat berbakat dan terkenal dengan karyanya yang hebat. Dia mencipta seni dekoratif pada rekaan beg tote dan pouch yang versatil. Menghiaskan permukaan beg dengan lakaran grafiti. 

Bercerita mengenai inspirasi rekaan, NYSometimes berkata, “Saya mencipta ‘typeface’ ini yang telah saya gunakan dalam kebanyakan karya seni saya. Setiap huruf menyediakan sebahagian daripada dirinya untuk membentuk huruf seterusnya. Perkataan itu kemudiannya menjadi ‘satu’ baharu. Ia membuatkan saya berfikir tentang orang. Kita semua bebas. Kita juga memerlukan satu sama lain untuk menjadi lebih besar. Saya merasai cinta dalam diri ini melalui sambungan.”

Artikel berkaitan: “The World of Ralph Lauren”, Kehadiran Bintang Bergaya, Dari Scha Al Yahya ke Anna Jobling