10 Bintang Serikan Kempen La Luna Monogram Bonia - Glam Malaysia
la luna monogram

10 Bintang Serikan Kempen La Luna Monogram Bonia

Ramai bintang fesyen kota menjadi wajah penyeri sempena pelancaran baharu La Luna Monogram oleh BONIA.

BONIA makin maju dalam melancarkan koleksi yang senang dengan trend semasa. Tidak pernah terlambat dalam memberikan yang terkini buat pecinta fesyen. Paling terkini adalah dengan pelancaran koleksi La Luna mereka yang makin hari menjadi sambaran utama. Bagi meneruskan himpunan ikonik moden BONIA memperkenalkan pula La Luna Monogram.

Tidak mahu ketinggalan dalam trend monogram, corak ini diangkat sebagai buah tangan utama mereka. Corak monogram ini diinspirasikan daripada perubahan bulan yang cukup romantik. Selain itu, BONIA turut meraikan seni artisan mereka dalam rentak yang lebih kontemporari. Maka corak berulang ini menyampaikan cerita yang berterusan, mengikut sejarah penting Bonia sebagai jenama aksesori utama serantau.

Bagi menanda momen penting ini, BONIA menjemput 10 bintang fesyen kota metropolitan sebagai wajah utama mereka. Alvin Chong, Chang Yong, Christinna Kuan, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Jovane Phang, Marion Caunter, May Ho, Sharifah Rose dan Zahirah Macwilson adalah bintang yang disunting buat kempen La Luna Monogram yang terkini. Mereka ini dirakam dalam set stesyen petrol bersama elemen ekuestarian, lantas mencipta rasa dramatik. Masing-masing mempunyai aksesori koleksi terkini ini sebagai penyeri penting.

DAIYAN TRISHA

Layari Bonia.com bagi mengenali lebih dekat koleksi terkini ini.

See also
"Modern Nostalgia" Selamatkan Malayan Tapir

Pautan Berkenaan: Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar