Use your ← → (arrow) keys to browse
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Tarikh 19 November 2022 sebagai tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Memandangkan tarikh PRU15 jatuh pada hari Sabtu, penganalisis politik, Prof Ahmad Martadha Mohamed berkongsi dengan Awani, menjangkakan tarikh tersebut adalah yang paling ideal untuk rakyat Malaysia keluar mengundi baik buat yang muda atau pun tua. Tarikh pencalonan juga sudah ditetapkan pada 5 November ini, manakala durasi berkempen juga bakal berlangsung selama 14 hari.