Use your ← → (arrow) keys to browse
Menjadi hijabi yang baru sahaja berjinak, semestinya sentiasa memerlukan petua dan cara baharu untuk pastikan ia ketat, kemas dan selamat. Tetapi kebanyakan petua yang dijumpai tidak sesuai untuk anda yang beginner ini.
Setiap orang yang ingin mencuba sesuatu yang baru seperti berhijab, semestinya mempunyai keraguan. Mana tidaknya, zaman yang kian moden ini ramai yang sering menggayakan fesyen hijab dengan pelbagai gaya. Akan tetapi, anda takut akan kerimasan yang akan melanda setiap kali anda memakai tudung, contohnya apabila ia bergerak-gerak atau juga mudah tercabut. Anda mungkin perlu melakukan sedikit shopping mengenai item yang diperlukan bagi memastikan tudung kelihatan terletak sepanjang hari. Usah risau, kerana GLAM akan berkongsikan tips cekap yang mungkin anda perlukan untuk mengelakkan tudung anda tergelincir setiap kali memakainya.