5 Hotel Mewah Boleh Anda Inap di Pulau Langkawi
5 Hotel Mewah Boleh Anda Inap di Pulau Langkawi

5 Hotel Mewah Boleh Anda Inap di Pulau Langkawi

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hotel terbaik di Pulau Langkawi semestinya mewah, cantik, selesa dan mesra keluarga.

Langkawi adalah destinasi percutian yang sempurna untuk percutian santai di pulau, terutamanya selepas setahun tidak dapat bercuti. Berseronoklah bersama orang tersayang dengan keindahan matahari terbenam di pantai atau mendengar kicauan burung di tengah-tengah hutan tebal pada sebelah pagi hari. Kalau anda inginkan tempat percutian di syurga tropika, kami senaraikan hotel terbaik di Pulau Langkawi, jadi bersedialah untuk bercuti.

1. Ambong-Ambong Rainforest Retreat

Terletak di lokasi indah di Langkawi, Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat bertempat di suatu kawasan cukup tenang di mana ia telah dibina di tengah-tengah hutan hujan pulau ini, seperti namanya. Terasa hilang kerisauan dan keserabutan kerja anda apabila dapat menjejak kaki ke syurga tropika ini. Berbeza daripada kawasan pantai biasa yang lain di Pulau Langkawi, di sini anda bakal dikelilingi udara segar dan kehijauan bersama bunyi-bunyi alam semula jadi. Unit-unit di sini dihias indah langsung memberikan suasana rumah pokok yang mewah yang dikelilingi kehijauan pokok-pokok.