Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun telah lama membawa haluan masing-masing, Kanye West nampaknya masih tidak mampu melupakan bekas isterinya, Kim Kardashian.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Kanye berkongsi kekecewaan yang dialaminya akibat perceraian dan menyamakan situasi itu dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II yang menghembuskan nafas terakhir pada 8 September lalu.
Berkongsi kesedihan bersama rakyat United Kingdom yang kini masih berkabung, pelantun lagu Heartless itu menulis, “London, saya faham perasaan anda. Saya juga kehilangan Ratu saya.”