#NYFW: Kate Spade New York Musim Bunga 2023 -Debut Hasil Rekaan Ketua Pereka Baharu, Tom Mora & Jennifer Lyu - Glam Malaysia

#NYFW: Kate Spade New York Musim Bunga 2023 -Debut Hasil Rekaan Ketua Pereka Baharu, Tom Mora & Jennifer Lyu

KEMBARA KATE SPADE NEW YORK UNTUK MUSIM PANAS 2023 DILANJUTKAN DENGAN MEMBAWA PENGALAMAN MENAKJUBKAN DI LOKASI IKONIK YANG BERLATARKAN KOTA NEW YORK. GLAM BERTEMU REBEL WILSON, AVA PHILIPPE, ELLA TRAVOLTA DAN RAMAI LAGI! 

Kate Spade New York, antara label fesyen terawal yang melancarkan koleksi musim bunga 2023 semasa minggu fesyen New York. Langsung, mencatat momen fesyen baharu buat jenama tersebut, yang mana koleksi musim bunga 2023 merupakan hasil ketua pereka yang baharu-Tom Mora dan Jennifer Lyu. Sebuah koleksi yang menggambarkan keindahan musim bunga dan kembara kota New York yang hadir dalam keadaan yang tidak terduga. Sambil itu, berseronok dalam paduan gaya yang indah dan bold juga kaya corak, meskipun terperangkap dalam hujan. 

Sebahagian besar koleksi diberikan sentuhan peribadi dengan corak dan cetakan penuh warna tertentu, dengan adanya gerakan gaya yang ketersendirian. Perihal gaya tersebut telah membawa gaya klasik Kate Spade New York ke arah yang lebih menyeronokkan. 

See also
Pesona Gaya Bintang Baru Star Wars, Daisy Ridley

Berpegang kepada kod jenama warisan Kate Spade New York, Mora dan Lyu bekerjasama untuk menerapkan perspektif baharu mereka sendiri melalui koleksi tersebut. Sambil menginfusi kebaharuan dan mewujudkan kunci gaya baharu yang berpadu merentas setiap rekaan terkandung. 

Dengan ulang tahun ke-30 jenama itu pada tahun 2023, koleksi ini merupakan keraian DNA yang menjadi teras utama Kate Spade New York, dibayangkan semula dengan teknik baharu melalui rekaan warna, corak, inovasi serta ketukangan yang segar. Koleksi ini sarat dengan corak floral yang dibesar-besarkan, polka dot bersaiz besar, corak gingham, jaluran musim bunga dan motif hujan dalam beragam gaya. 

Ledakan warna hijau (merupakan identiti warna Kate Spade New York) yang bertenaga ditampilkan bersama warna merah jambu, kuning, biru dan merah yang ternyata menyimbolkan semangat musim bunga. 

Khusus musim ini, Kate Spade New York membayangkan semula beg tangan Sam yang ikonik. Rekaan beg terawal ilham Kate Spade New York, yang mana menjadi pengenalan awal jenama Kate Spade New York dalam lapangan fesyen global. Sehingga kini, beg tangan Sam bergelar ikon, namun telah dikemas kini dalam fabrik baharu-termasuk penggunaan seratus peratus bahan kitar semula. Serta balutan warna yang memikat dan butiran hiasan yang menyatakan kebaharuan, sempena memasuki era baharu. 

Ziwe, Regina Hall, Rebel Wilson, Ava Phillippe, Maitreyi Ramakrishnan

Ziwe, Regina Hall, Rebel Wilson, Ava Phillippe, Maitreyi Ramakrishnan

Daiyan Trisha, Christina Kuan & Yaya Zahir

Yaya Zahir, Maitreyi Ramakrishnan, Daiyan Trisha

Acara presentasi Kate Spade New York dihangatkan lagi dengan kehadiran beberapa selebriti wanita, seperti Ava Philippe, Maitreyi Ramakrishnan, Rebel Wilson, Ella Travolta. Serta wakil dari Malaysia, Yaya Zahir, Daiyan Trisha dan Christinna Kuan yang tampil stylish dalam sepersalinan juga beg tangan Kate Spade New York. 

See also
Demonstratif Gaya Baru: Ritma Eklektik