Kembara Baharu Flora Fantasy - Glam Malaysia

Kembara Baharu Flora Fantasy

Memasuki dimensi baharu, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum menakluki kebebasan yang dicari-cari dalam dunia #FloraFantasy.

Selepas haruman Gucci Flora Gorgeous Gardenia mencipta legasi tersendiri, kini hadir pula aroma baharu yang bakal memikat hati anda. Baru sahaja diperkenalkan sekitar Ogos 2022, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum meletus kegembiraan penuh berseri bersama ramuan utama yakni Grandiflorum Jasmine. Sejambak lembut bunga melati melalui proses pengekstrakan serta diadun pula bersama nota asas Sandalwood dan Benzoin, lebih mencipta keghairahan serba unik kala disembur. Elemen kegembiraan ditambah bersama nota optimistik Mandarine Essence dan Magnolia Accord yang memberi ketenangan berpanjangan.

Kehadiran wangian kedua ini ibarat mengembalikan momen kembara bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum pada tahun 2021, iaitu kisah #FloraFantasy yang mengelilingi dunia rujukan pop bersama haiwan yang comel dan bersama wajah kempennya, Miley Cyrus. Dunia imaginasi ini penuh ekspresif yang bermanifestasikan detik kegembiraan aromanya serta ekspresi diri serba keyakinan. Untuk kempen kedua ini, sekali lagi dirakam oleh Petra Collins untuk Miley Cyrus danĀ  #FloraFantasy terbaharu ini diteruskan ke ruang dalaman yang bercahaya nan fantasi.

See also
GLAM Deko Trend - Piuter Royal Selangor

Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum botolnya diilhamkan oleh kuasa turquoise stone yang sering dikaitkan dengan harapan dan perlindungan. Dibayangkan semula dalam visi Alessandro Michele, corak bunga adalah inspirasi dari rekaan untuk rumah Gucci yang diberi nafas baharu dengan ciptaan lebih segar. Wangian ini sebagai objek inspirasi dalaman bagi semua yang menemuinya.

Untuk meneroka Flora Fantasy secara peribadi, Gucci akan mengadakan ruang pop-up di Midvalley KL mulai sekarang hingga 2 Oktober. Pastikan anda mendaftar di sini untuk menebus sampel percuma!

Artikel berkaitanĀ Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC